Sukan olimpik 2016 Rio De Janeiro akan berlangsung tidak lama lagi. Ramai peserta-peserta dari pelbagai negara sudah pun berlepas ke Brazil untuk tinggal di perkampungan atlet.
Sukan olimpik ini akan dibahagian kepada dua iaitu iaitu Olimpik Musim Panas dan Olimpik Musim Sejuk. Rio De Janeiro adalah Olimpik musim panas dan Olimpik musim sejuk akan diadakan di PyeongChang, Korea Selatan.
Pelbagai acara akan diadakan untuk merebut pingat emas, perak dan gangsa dan salah satu acaranya adalah renang.
Video di bawah ni menunjukkan gaya renang baru yang telah dipraktikkan oleh seorang perenang dari Norway yang bernama Eirik Ravnan. Teknik ini tiada di dalam acara di Olimpik, tetapi gaya renangan ini bukan mudah untuk diikuti oleh mana-mana perenang.
Eirik telah berenang secara “kebelakang” seperti yang dapat dilihat di dalam video di atas. Kalau la gaya ini ada di Olimpik, mungkin Eirik boleh memenangi perlumbaan dengan pingat emas dan mencipta rekod dunia…..
Apa-apa pun nice try to Eirik….Keep it up…