Tembok Besar China merupakan salah satu monumen bersejarah yang admin yakin ramai di antara kita tahu. Tembok ini dikatakan telah dibina di antara tahun 700 sebelum masihi oleh maharaja pertama Qin. Pembinaan tembok ini telah disambung sehingga tahun 1644 oleh dinasti Ming dan dikatakan mempunyai panjang sejauh 21,196 kilometer.
Tembok yang dibina pada tujuan asalnya untuk mengelakkan serangan musuh ini merupakan salah satu tempat perlancongan yang terkenal di China. Oleh kerana tembok ini telah lama di makan usia, kerajaan China telah membuat keputusan untuk membuat kerja membaik pulih tembok ini bagi mengekalkannya untuk generasi yang akan datang.
Gambar proses pembaik pulihan tembok ini telah mendapat banyak kecaman dari penduduk China sendiri kerana rupa tembok yang berubah secara drastik itu. Bagaimanapun tempat membaik pulih itu bukan merupakan tempat yang dapat di lawati oleh pelancong-pelancong.
Apapun admin rase kene tunggu hingga kerja baik pulih ini siap baru la nampak apa hasilnya. Jangan la suka kecam awal-awal sangat.