Tidak dapat dinafikan rancangan Discovery Channel yang dipaparkan di kaca televisyen adalah sangat menarik kerana pelbagai informasi mengenai haiwan dapat di perolehi. Antara segmen-segmen yang admin suka di dalam rancangan tersebut adalah pertembungan di antara haiwan-haiwan liar.
Di bawah ni admin nak kongsi dengan semua satu video pertembungan di antara gajah dan badak sumbu. Kedua-dua haiwan ini boleh dikatakan haiwan yang kuat di daratan. Bagi gajah, saiz badan yang besar merupakan senjata bagi menakutkan pihak lawan. Bagi badak sumbu pula, susuk tubuh yang sasa dan tanduk yang tajam adalah merupakan senjata bagi mempertahankan diri. Jom tengok apa kesudahan pertembungan antara kedua-dua haiwan ini….
Seperti yang dapat dilihat di dalam video di atas, pertembungan ini boleh dikatakan dimenangi oleh si gajah. Apa yang menarik di sini adalah teknik yang digunakan si gajah untuk menakutkan si badak sumbu.
Si gajah telah meletakkan dahan patah di atas mukanya dan berlagak seakan-akan dahan patah itu adalah tanduk besar bagi menakutkan si badak sumbu. Teknik ini sangat berkesan sekali dan berjaya mengundurkan si badak sumbu itu.
Sangat kagum sekali admin melihat akan kepandaian si gajah ini. Ingatkan manusia sahaja yang pandai gunakan otak, rupa-rupanya haiwan liar pon sama….