Kalau kita sebut sahaja pasal Kentucky Fried Chicken (KFC), mesti kita akan terfikir mengenai ayam KFC yang sedap tu. Rasanya ramai yang suka rasa original, tapi admin lebih suka akan rasa hot & spicy. Kalau dah abis makan tu mesti tulang-tulang tu bersepah atas meja makan dan akan dibuang begitu sahaja.
Tetapi tidak bagi seorang pengguna akaun Twitter, Honeoyaji, dia telah menggunakan tulang-tulang ayam KFC yang telah habis diratah itu untuk membina sebuah figura karakter yang muncul di dalam movie Godzilla iaitu King Ghidorah. Jom tengok tengok apa hasilnya…
???????????????
?????????????????????????
?????????????????????#?????????? pic.twitter.com/QlmNswU6hR
— ???? (@honeoyaji) 2016?9?8?
Menarik sekali figura yang dihasilkan. Tak terfikir pulak tulang ayam KFC tu dapat menghasilkan karya sebegini. Menurut Honeoyaji, 13 biji tulang ayam KFC telah digunakan untuk menghasilkan figura ini daging ayam itu telah diratah bersama rakan-rakannya.
Menurut beliau juga, dia telah mendapat tawaran dari sebuah stesen telvisyen untuk menghasilkan satu karya baru dari tulang-tulang KFC. Bestnya jadi macam si Honeoyaji ni sebab dapat sponsor makan KFC….