Apakah benda yang paling penting sekali apabila anda menginap di hotel?? Kalau tanya sama admin, mesti admin akan cakap katil sebagai jawapannya. Kalau hotel tu tak ada katil, tak namanya hotel kan?? Kalau kita masuk dalam bilik hotel tu, mesti nampak katil tu tersusun kemas dan rapi untuk menyambut tetamu yang bermalam.
Walaupon katil tu nampak kemas bercadar putih, adakah anda benar-benar yakin yang cadar katil itu sudah ditukar selepas digunakan tetamu yang bermalam sebelum ini?? Di bawah ini admin nak kongsi video dari “Inside Edition”, sebuah media berita Amerika Syarikat yang membuat kajian mengenai penukaran cadar katil di hotel yang mereka bermalam.
Seperti yang dilihat di dalam video di atas, cadar yang nampak kemas dan bersih di sesetengah hotel itu, sebenarnya tidak ditukarkan dengan cadar yang baru. Menurut mereka lagi, di dalam 9 buah hotel yang dikaji, 3 buah hotel menunjukkan mereka tidak menukar cadar lama dengan yang baru
Menarik juga kajian yang dilakukan ini. Bagi pengusaha-pengusaha hotel di Malaysia, anda yakin ke yang pekerja anda betul-betul menukar cadar-cadar lama dengan yang baru?? No komen….