Tessa, seorang wanita yang berasal dari Alaska merupakan seorang yang gemar mengembara. Dillon pula merupakan seorang lelaki yang berasal dari perkampungan yang kecil tidak melebihi 500 orang. Kedua-dua mereka ini mempunyai hobi yang sama iaitu membuat ekspedisi ke pelbagai tempat yang menarik.
Kedua-dua mereka ini telah membuat keputusan untuk berhenti kerja dan membuat ekspedisi untuk merentasi Amerika Selatan dari Alaska ke Argentina. Sebuah van retro, Volkswagen Kombi merupakan kenderaan pilihan mereka bagi merealisasikan ekspedisi ini. Tessa dan Dillan telah memuat turunkan gambar-gambar ekspedisi mereka ke dalam akaun yang diberi nama “thebusandus“.
Jom tengok gambar-gambar menarik yang telah dimuat turunkan oleh mereka itu….
Bagi pengetahuan semua, van yang comel ini sebenarnya telah dibeli dengan harga 500 dolar sahaja. Namun van yang dibeli itu tidak dapat bergerak kerana telah terlalu usang. Mereka telah memasukkan enjin baru dan membuat pengubahsuaian ke atas kereta itu bagi memudahkan perjalanan ekspedisi mereka itu.
Comel sungguh hasil pengubahsuaian yang telah dilakukan ke atas kenderaan itu. Siap ada katil kecil lagi tu. Warna hijau tu pon comel jugakkan….Di bawah ni pula adalah beberapa gambar menarik ketika ekspedisi mereka..