Kalau ada kemalangan jalan raya yang melibatkan lori tangki minyak, apakah teknik yang ahli bomba Malaysia pakai untuk memadamkan kebakaran ini dari menjadi kritikal? Admin pon tak tau la jawapannya. Kene tanya sama ahli bomba kot baru dapat jawapannya. Apa pun teknik yang cepat dan tangkas sangat diperlukan kerana takut tangki minyak itu meletup dan melibatkan orang ramai yang berada di sekeliling.
Di bawah ini admin nak kongsi video mengenai teknik memadamkan kebakaran kemalangan yang dipraktikkan di Kanada. Teknik yang digunakan sangat efektif dan masa yang singkat sahaja diperlukan untuk memadamkan api tersebut. Jom tengok macam mana gaya diorang buat ni. Mana la tau Malaysia pon boleh ikut juga…..
Teknik ini sebenarnya selalu di pakai Indonesia dan beberapa negara yang lain untuk memadamkan kebakaran hutan. Tapi bayangkan kalau ada orang berdekatan kenderaan tersebut. Boleh mati lemas kot sebab air dia turun tu punya la banyak…