Boleh dikatakan kes kemalangan jalan raya berlaku setiap hari di Malaysia. Kadang kala kemalangan yang berlaku bukan disebabkan oleh kecuaian sendiri, akan tetapi kecuaian pengguna jalan raya yang lain. Pada pendapat admin, kesedaran sivik setiap pengguna jalan raya adalah sangat penting bagi memastikan keselamatan setiap pengguna.
Di Iceland, bagi mengurangkan kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh kelajuan tinggi, pihak berkuasa di sana telah mengenakan seni lukis 3D bagi garisan pejalan kaki di sana agar pemandu-pemandu dapat mengurangkan kelajuan apabila mendekati garisan pejalan kaki.
Teknik seni 3D yang pada mulanya dipraktikkan di New Delhi, India ini bukan sahaja berjaya mengurangkan kemalangan di sekitar garisan pejalan kaki, malah juga mendapat banyak perhatian dari media seluruh dunia kerana seninya yang kreatif.
Apa pendapat anda semua dengan teknik lukisan 3D ini? Kalau dipraktikkan di Malaysia, dapatkah kes kemalangan di kurangkan? Apapun admin rasa, kesedaran sivik tu yang paling penting sekali…..