Sebuah badan kebajikan haiwan di Amerika Syarikat yang diberi nama “Born Free Usa” merupakan badan kebajikan yang banyak membuat aktiviti untuk menyelamatkan haiwan dari kepupusan dan kerakusan manusia yang menggangu sistem ekologi mereka. Baru-baru mereka telah melancarkan sebuah kempen yang diberi nama “Fur for the Animals“.
Tujuan kempen ini adalah untuk mendapatkan derma bulu-bulu haiwan yang telah dijadikan aksesori-aksesori pakaian manusia dari seluruh dunia. Bulu-bulu ini digunakan di dalam tempat perlindungan haiwan yang diselamatkan supaya haiwan-haiwan ini dapat menjinakkan diri dan sesuai didiami di persekitaran yang baru.
Seperti dapat dilihat di dalam gambar di atas, haiwan-haiwan ni nampak sangat selesa dengan bulu-bulu tu. Tapi memang betul la bulu haiwan ni bukannya patut dipakai oleh manusia. Admin sangat sokong dengan aktiviti menarik yang dilancarkan oleh badan ini.