
“Takdir”… itu lah perkataan yang paling sesuai sekali untuk diungkapkan bagi pasangan yang baru melaksanakan perkahwinan, Jessica Gomes and Aaron Bairos baru-baru ini. Perkahwinan diantara pasangan ini telah mendapat banyak perhatian daripada pihak media di Amerika Syarikat kerana mereka dilahirkan pada hari yang sama di hospital yang sama.
Jessica dan Aaron dilahirkan pada 28 April 1990 di Hospital Morton, Bandar Taunton Amerika Syarikat. Tidak lama selepas dilahirkan, keluarga Jessica telah berpindah dari bandar Taunton. Namun pertemuan “kedua” di antara mereka berdua berlaku apabila Jessica berpindah semula ke Taunton dan menyambung pembelajaran di sekolah yang sama dengan Aaron.
Ketika di zaman persekolahan, Aaron telah memulakan langkah bagi mencuri hati Jessica selepas tertarik dengan beliau. Mereka mula mengetahui yang mereka lahir pada tarikh yang sama selepas beberapa ketika memulakan perhubungan. Hubungan di antara mereka juga berterusan selepas keluar dari sekolah dan mengakhiri zaman bujang mereka selepas 27 tahun.
Couldn’t have asked for a better day! pic.twitter.com/AMBFHBhxgK
— Aaron Bairos (@AaronBairos) September 21, 2017
Di dalam satu temubual bersama pihak media, Aaron menyatakan bahawa pertemuan dengan Jessica merupakan “satu kebetulan” dan “takdir” yang paling besar di dalam hidupnya. Apa pun admin ingin mengucapkan tahniah kepada pasanagan ini dan berharap akan berkekalan sehingga ke penghujung. Bukan senang nak cari orang yang sama tarikh lahir dengan kita, apatah lagi yang lahir sama dengan tempat kita lahir…..