Apakah yang anda akan lakukan jika berdepan dengan kes rompakan bersenjata? Admin yakin mesti anda semua kelam kabut jika berhadapan dengan situasi yang sedemikian. Pada zaman serba moden ini, perompak-perompak sudah tidak takut untuk membuat kerja-kerja rompakan ini secara terbuka meskipun terdapat CCTV yang di pasang di dalam kedai.
Di bawah ini admin nak berkongsi dengan semua sebuah video rompakan yang berlaku di sebuah restoran francais sandwich, Jimmy Johns yang terletak di Amerika Syarikat. Apa yang menarik di dalam video ini adalah aksi tenang pekerja restoran ini menghadapi situasi yang mendebarkan ini. Jom tengok bagaimana tenangnya pekerja ini….
Seperti yang dapat di lihat di dalam video di atas, pekerja ini sangat lah tenang berhadapan dengan situasi rompakan meskipun telah diacu dengan pistol oleh perompak itu. Ketenangan pekerja ini juga dapat dilihat sendiri dari reaksi dan raut wajahnya seperti kali ini bukanlah kali pertama menghadapi situasi begini.
Kalau lah admin yang jadi pekerja tu, mesti dah abis lintang pukang lari. Apa-apa pon, nasihat dari admin jika berhadapan situasi sedemikian, jangan lah sesekali cuba nak menjadi hero atau membuat tindakan yang bodoh. Ikut sahaja arahan yang di berikan oleh perompak itu kerana nyawa kita adalah benda yang paling berharga.