Memang tak dapat dinafikan banyak permainan-permainan zaman 90-an dulu yang boleh dikatakan tidak dimainkan lagi pada zaman kini. Bagi mereka yang hidup di zaman 90-an, apakah permainan yang paling anda minati? Kalau di tanya kepada admin, mesti lah jawapannya guli…
Di bawah ni admin nak kongsi satu video rekod dunia lompat tali yang dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah rendah di Jepun. Permainan lombat tali ni juga boleh di katakan salah satu permainan yang terkenal di zaman 90-an dahulu. Tapi mampukah anda membuat lompatan seperti yang dilakukan oleh pelajar sekolah rendah ini?? Jom tengok macam mana gaya rekod yang dihasilkan oleh kanak-kanak ini.
Peraturan bagi percubaan ini adalah sangat mudah. Satu pasukan yang terdiri dari 14 orang, hanya perlu membuat lompatan di bawah tali di dalam masa 1 minit. Rekod akan dikira dengan kiraan berapa banyak lompatan yang berjaya di lakukan.
Sebanayak 225 lompatan berjaya di lakukan, 8 kali lebih banyak berbanding rekod sebleum ini. Apa yang menarik di sini adalah aksi kerjasama sesama mereka yang menyumbang kepada kejayaan mereka ini. Sekali admin tengok ketepatan lompatan mereka ni dah macam CG la pulak…. Apa kata anda??…