[Menarik] Aksi Menarik Penyokong Apabila Pasukan Bola Sepak Kesayangannya Susah Untuk Menjaringkan Gol (Video)

Trending

[Menarik] Aksi Menarik Penyokong Apabila Pasukan Bola Sepak Kesayangannya Susah Untuk Menjaringkan Gol (Video)

Apakah yang anda akan lakukan jika pasukan kesayangan bola anda susah ataupon jarang meledakkan gol ketika perlawanan? Admin yakin mesti ada yang marah-marah, maki-maki dan kecewa dengan keadaan sedemikian. Sudah beli tiket mahal-mahal siap pergi stadium lagi untuk bersorak, kalau tidak ledakkan gol tu sapa tak marah kan?

Advertisement

Namun tidak bagi penyokong tegar sebuah pasukan bola sepak di Jerman. Meskipun pasukan kesayangan mereka sudah 5 perlawanan berturut-turut tidak meledakkan gol, mereka cuba mencari inisiatif lain bagi memudahkan pasukan kesayangannya menjaringkan gol. Jom tengok apa yang menarik sangat mengenai tindakan penyokong-penyokong ini.

Seperti yang dapat di lihat di dalam video di atas, penyokong-penyokong ini telah membawa sepanduk berbentuk anak panah yang ditujukan kepada gol pihak lawan supaya pemain-pemain pasukan kesayangan mereka lebih mudah untuk menjarikan gol. Aksi penyokong-penyokong ini telah mendapat perhatian dari pelbagai pihak media dan juga penyokong pasukan lawan.

Di maklumkan bahawa pasukan ini berjaya menjaringkan 1 gol ketika perlawanan ini, namun tidak dapat dipastikan bahawa gol itu berpunca daripada sokongan anak panah itu atau tidak. Apa pun admin tabik spring la kepada mereka kerana tidak pernah berputus asa meskipun pasukan meraka berada pada prestasiyang tidak memberangsangkan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...