Pelakon jelita, Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq kembali mencuri tumpuan netizen apabila mereka berkongsi video menari tarian tradisional sempena sambutan Pesta Kaamatan di Sabah.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram pelakon itu, kedua-duanya tampil memukau dalam busana tradisional sambil menari beberapa tarian kebudayaan seperti Ngajat, Rejang Beuh, Sumazau dan Kuda Pacu, membuatkan ramai kagum dengan sisi budaya yang mereka tonjolkan.
Kolaborasi pertama saya dengan YB. Tidak sempurna tapi sangat menyeronokkan.
Ini transition paling amazing sebab dari siang sampai ke malam. Terima kasih YB Syed Saddiq, syukur atas keberanian dan kesanggupan awak mencuba sesuatu yang baru. Itu yang buat istimewa.
Meskipun tarian Ahli Parlimen Muar itu kelihatan kekok, namun Bella tetap memuji sifat ingin belajar dan berani Saddiq.
At least he danced his heart out. Ada sedikit off-beat yang cute gila. I brought the moves, he brought the courage and cuteness.
Menjengah ke ruangan komen, Syed Saddiq dilihat meninggalkan komen dengan berseloroh memberitahu dia tidak dapat memberi sebarang reaksi terhadap tariannya itu.
Tak tahu nak ketawa atau menangis bila tengok semula. Takpa, izinkan saya fokus dalam parlimen saja la.
Menjengah ke komen yang lain, rata-rata netizen turut terhibur melihat tarian yang dipersembahkan oleh Saddiq.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.