[Menari] Pengubahsuaian Kereta Bagi Mengelakkan Kesesakan Lalu Lintas (Video)

Trending

[Menari] Pengubahsuaian Kereta Bagi Mengelakkan Kesesakan Lalu Lintas (Video)

Bagi mereka yang ingin pulang ke kampung halaman dengan memandu kereta untuk menyambut perayaan Hari Raya tahun ini, apakah masalah utama yang bermain di fikiran ada semua? Admin yakin mesti ramai yang risau akan kesesakan lalu lintas kerana di katakan lebih dari 3 juta penduduk Malaysia yang akan pulang ke kampung halaman.

Advertisement

Ramai yang mengambil inisiatif untuk pulang awal untuk mengelakkan diri dari terjebak dengan kesesakan lalu lintas. Selain itu terdapatkah cara lain untuk mengelak kesesakan lalu lintas?? Di bawah ini admin nak kongsikan satu video mengenai sebuah kereta yang diubahsuai bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas yang dibangunkan oleh sebuah syarikat pengubahsuaian kereta, A2ZFX.

Seperti dapat dilihat di dalam video di atas, kereta ini telah diubah suai supaya rangka keretanya dapat memanjang sehingga 2.7 meter ke atas dan mengelakkan kesesakan lalu lintas dengan mudah sekali.

Sebenarnya kereta ini adalah bukan bertujuaan untuk dijual akan tetapi kereta ini telah diubai suai sebegini bagi mengiklankan servis “HUM” seperti yang tertera pada kenderaan tersebut. Tujuan sebenarnya untuk mengankat rangka kereta itu ke atas adalah supaya ramai yang akan perasan akan iklan yang cuba di sampaikan dan dikatakan kesannya adalah begitu efektif.

Apa pendapat anda? Kalau la betul kereta sebegini dijual, dapatkan kesesakan lalu lintas dielakkan? Admin rasa makin sesak adalah kot….

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...