Sejak minggu lalu demam ‘Keke Challenge’ yang popular menerusi lagu In My Feelings nyanyian Drake sudah mula trending di Malaysia, ramai juga selebriti tempatan yang melakukan cabaran tersebut.
Namun, bukan semua pihak yang terhibur dengan video tarian tersebut, baru-baru ini pelakon Adam Shahz berpendapat selebriti tidak seharusnya terikut-ikut dengan tarian tersebut dan harus menjadi contoh yang baik.
Kenyataan Adam itu seakan menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak apabila pada masa yang sama, bekas isterinya, Fatin Afeefa dilihat seakan menemplak Adam dan memuat naik kenyataan berkaitan nafkah anak.
Tidak mahu berdiam diri sahaja, Adam menjelaskan beliau tidak pernah mengabaikan nafkah anaknya. Adam juga merasa hairan kenapa ada pihak ingin terasa sedangkan teguran yang dibuat berkenaan ‘Keke Challenge’ adalah secara umum.
Kalau baca teguran Adam, memang ia tidak ditujukan kepada sesiapa. Fatin sejujurnya tidak perlulah cepat melatah dan membangkitkan pula isu lain. Bak kata pepatah siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya.

fitnahisnogood
July 25, 2018 at 5:03 pm
Bg pendapat aku laa..si Adam n (ex laki fatin ) tak boleh move on dgn janda dia…cantik dah kan..pastu hidup pun happy dgn anak2…
ke dia ni gile talak ?hahahaha
dah2 la adam bukan aib janda kau…
silap2 aib kau lagi berkati2 dgn fatin ..dia bukak baru nangis tak berlagu…heh~
maklong
July 24, 2018 at 2:14 pm
ermmmm naper errrkk bila afifah buat sesuatu mesti ex dia sengaja nk kuar statement.