Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Menari Lagu BlackPink Di TikTok, Che Ta Dikritik Netizen Tak Pandai Jaga Aaisyah -“Jangan Ajar Anak Kecil Terkinja-kinja Macam tu..”

Anak kepada pelakon Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rhana memang diakui comel dan ligat dalam beraksi dalam usianya. Malah, si kecil itu turut aktif menari dan menunjukkan bakat di aplikasi TikTok sebagai hiburan.

Namun, baru-baru ini kecoh seketika apabila ada beberapa orang netizen mengkritik Rozita seolah-olah tidak pandai menjaga anak kerana membiarkan sahaja Aaisyah ‘terkinja-kinja’ di aplikasi sosial itu.

Advertisement

Namun, ujar Rozita, dia sebenarnya tidak perlu mengajar anak perempuannya itu untuk menggunakan TikTok, tapi sebaliknya perkara itu dipelajari sendiri olehnya seiring dengan perkembagan semasa.

Isu ini telah mula menjadi perhatian netizen apabila Aaisyah,6, memuat naik sebuah video memaparkan dia sedang menari lagu How You Like That nyanyian kumpulan Kpop terkenal, Blackpink.

View this post on Instagram

How you like that .. #aaisyahdhiarana @blackpink

A post shared by AAISYAH DHIA RANA (@aaisyahdhiarana111) on

Advertisement

 Beberapa individu lain turut menyokong pendapat bahawa ibu bapa perlu lebih bijak dalam menguruskan dan membesarkan anak-anak.

View this post on Instagram

Tgh chill ni ? @aaisyahdhiarana111 #aaisyahdhiarana . . ? @azmwhb

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

 Rozita Che Wan yang sebelum ini telah mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 lalu bersama suami yang juga artis, Zain Saidin telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aaisyah yang kini berusia enam tahun. Pelakon drama Kiah Mai Pulak ini turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Affendy,24, dan Aniq Ezzra,22, hasil daripada perkahwinan pertamanya.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. mairafirdarwisy zana

    July 21, 2020 at 10:39 am

    biasa la tu..ank aku yg 3 tahun pn teror tiktok..ala perkembangan semasa zaman skg..cma pantau je la jgn melebihi batas..tu pn nk kecoh..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top