Anak kepada pelakon Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rhana memang diakui comel dan ligat dalam beraksi dalam usianya. Malah, si kecil itu turut aktif menari dan menunjukkan bakat di aplikasi TikTok sebagai hiburan.
Namun, baru-baru ini kecoh seketika apabila ada beberapa orang netizen mengkritik Rozita seolah-olah tidak pandai menjaga anak kerana membiarkan sahaja Aaisyah ‘terkinja-kinja’ di aplikasi sosial itu.
Namun, ujar Rozita, dia sebenarnya tidak perlu mengajar anak perempuannya itu untuk menggunakan TikTok, tapi sebaliknya perkara itu dipelajari sendiri olehnya seiring dengan perkembagan semasa.
Isu ini telah mula menjadi perhatian netizen apabila Aaisyah,6, memuat naik sebuah video memaparkan dia sedang menari lagu How You Like That nyanyian kumpulan Kpop terkenal, Blackpink.
Beberapa individu lain turut menyokong pendapat bahawa ibu bapa perlu lebih bijak dalam menguruskan dan membesarkan anak-anak.
Rozita Che Wan yang sebelum ini telah mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 lalu bersama suami yang juga artis, Zain Saidin telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aaisyah yang kini berusia enam tahun. Pelakon drama Kiah Mai Pulak ini turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Affendy,24, dan Aniq Ezzra,22, hasil daripada perkahwinan pertamanya.