Menara Kuala Lumpur Ditutup Sementara Untuk Penyelenggaraan Dan Penambahbaikan

Hiburan

Menara Kuala Lumpur Ditutup Sementara Untuk Penyelenggaraan Dan Penambahbaikan

Bangunan ikonik Menara Kuala Lumpur akan ditutup buat sementara waktu bermula Khamis ini bagi memberi ruang kepada pengurusan baharu melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan serta penambahbaikan demi memastikan tahap keselamatan dan keselesaan pengunjung sentiasa terjamin.

Dalam satu kenyataan malam ini, Kementerian Komunikasi memaklumkan bahawa tarikh pembukaan semula menara komunikasi yang juga antara tertinggi di dunia itu akan dimaklumkan kelak melalui pelbagai saluran media rasmi.

Advertisement

kl tower ditutup mulai hari ini

Kerajaan Madani menerusi Kementerian Komunikasi menegaskan bahawa Menara Kuala Lumpur ialah milik kerajaan.

Bermula 1 April 2025, pengoperasian, pengurusan dan penyelenggaraan Menara Kuala Lumpur telah diambil alih oleh syarikat LSH Service Master Sdn Bhd (LSHSM),” menurut kenyataan itu.

Kenyataan tersebut turut menjelaskan bahawa kehadiran syarikat Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) di tapak berkenaan selepas 31 Mac 2025 dianggap tidak sah. Justeru itu, Pesuruhjaya Tanah Persekutuan telah mengeluarkan dua notis pengosongan kepada MKLSB melalui surat bertarikh 3 dan 9 April 2025.

Oleh itu, sebarang pengoperasian dan urus niaga yang masih dijalankan oleh MKLSB hingga kini adalah tanpa kebenaran kerajaan.

Terdahulu, pada 31 Mac lalu, Kementerian Komunikasi menerusi dokumen Soalan Lazim (FAQ) berkaitan konsesi pengurusan Menara KL memberi jaminan bahawa proses pengambilalihan ini tidak akan menjejaskan operasi mahupun kakitangan yang berkhidmat di menara tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 days ago

Bukan Lagi 145%, Trump Kenakan Tarif Baharu Sehingga 245% Kepada China

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...