Menantu Terlibat Kemalangan, Bapa Mentua Bersila Tengah Jalan Baca Al-Quran Di Sisi Jenazah

Trending

Menantu Terlibat Kemalangan, Bapa Mentua Bersila Tengah Jalan Baca Al-Quran Di Sisi Jenazah

Seorang penunggang motosikal disahkan maut selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang membabitkan sebuah kereta Perodua Myvi dan motosikal di hadapan simpang Taman Merak Mas berhadapan Masjid Saidina Ali, Bukit Katil awal pagi tadi.

Advertisement

Menurut sumber, situasi itu dilihat amat menghibakan apabila seorang lelaki dipercayai ahli keluarga mangsa tamlil duduk di sisi jenazah sambil melaungkan ayat suci al-Quran sebelum mangsa dikejarkan ke hospital.

Rata-rata warganet khabarnya sebak dengan perkara itu. Malah kata mereka, individu yang berada di sisi jenazah merupakan bapa mentuanya.

Untuk rekod, menerusi hantaran di laman Facebook, ada pihak memaklumkan bahawa mangsa berasal dari Kelantan dan ibu bapanya dalam perjalanan menuju ke Melaka.

Sumber: Oh My Media

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...