“Menantu Saya Tak Kaya, Tapi Tak Meminta-Minta” – Bonda Rozita Anggap Datin Shahida Menantu Terbaik

Trending

“Menantu Saya Tak Kaya, Tapi Tak Meminta-Minta” – Bonda Rozita Anggap Datin Shahida Menantu Terbaik

Usahawan ternama, Bonda Rozita Ibrahim, menzahirkan penghargaan tulus terhadap menantunya, Datin Shahida, dalam satu hantaran Instagram yang meraih perhatian ramai.

Menganggap Shahida sebagai ‘beauty with brain’, Rozita menyatakan bahawa wanita itu bukan sekadar isteri kepada anak lelakinya, Datuk Aliff Syukri, tetapi juga sahabat sejati yang setia dalam segala keadaan.

Advertisement

 

“Dia sahabat baik saya yang tahu semua kisah duka saya yang anak-anak saya pun tak tahu, saya sorokkan, hanya dengan Ida saya ceritakan. Allah jagakan insan ini untuk Kri (Aliff Syukri) dan anak-anaknya,” tulisnya.

Rozita turut berkongsi pengalamannya sebagai bekas menantu, yang menjadikan beliau lebih memahami dugaan wanita yang berkahwin masuk ke keluarga suami. Beliau menyifatkan Shahida dan seorang lagi menantunya, Fiza, sebagai anugerah terindah buat anak-anak lelakinya kerana memiliki sifat sabar, bijak dan tabah.

Sebagai seseorang yang pernah menjadi menantu, saya faham betapa kekok dan terasingnya perasaan apabila masuk ke dalam keluarga orang.

Itulah sebabnya saya sentiasa membela hak menantu—kerana saya sedar akan kelemahan anak-anak saya sendiri. Mereka juga adalah anak kepada orang lain, dan harus dihargai sebaiknya.

Menantu pilihan saya, Ida dan Fiza, adalah hadiah paling berharga yang saya berikan kepada anak-anak lelaki saya. Mereka sabar, bijak, dan kuat—itulah kecantikan sebenar pada pandangan saya.

“Bagi saya, mereka adalah anugerah Allah yang sangat bernilai dalam kehidupan ini,” tambahnya.

Menantu saya bukan orang kaya, tetapi sangat kaya dengan kebaikan. Mereka tidak pernah meminta-minta, malah pernah saya suruh Ida ambil duit daripada Kri kerana risau peminat terlalu ramai—namun dia bukan mata duitan.

Bonda Rozita berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram sekaligus mengundang pelbagai respon daripada orang ramai susulan konflik keluarga itu baru-baru ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

abby abadi dan norman hakim
1 day ago

"Tak Adil Langsung. Sejak Bercerai Makan, Tempat Tinggal Semua Tak Peduli" - Abby Abadi Kesal Norman Hakim 'Lepas Tangan' Isu Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...