Selebriti YouTube terkenal Indonesia, Atta Halilintar seperti diketahui ramai beliau sering memuatnaik gambar-gambar di platform media sosialnya iaitu Instagram.
Walau bagaimanapun, terdapat satu hantaran gambar yang dikongsikan Atta di Instagram yang membuatkan ibu mentuanya, penyanyi tersohor Krisdayanti menjadi cemas.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh anak penyanyi Menghitung Hari itu, Aurel Hermansyah yang merupakan isteri kepada Atta menerusi temu bual pasangan terbabit di sebuah saluran YouTube baru-baru ini.
View this post on Instagram
Ketika Abang Atta berkongsikan gambar foto tersebut (gambar dada), ibu kata kenapa my husband posting macam itu.
Kerana tidak mahu melihat ibunya terus dalam keadaan cemas, Aurel memberitahu foto tersebut dimuat naik di platform itu atas sebab pekerjaan.

Sekadar info, Atta mendirikan rumah tangga bersama Aurel pada 3 April 2020 serta mereka mengumumkan bakal bergelar sebagai ibu dan bapa pada Ogos lalu.
Anonymous
November 27, 2021 at 3:25 pm
mak.mentuanya tanggal pakaian dan ada anak dgn lelaki lain mertua perempuannya ini masa jadi isteri bapa mertuanya. pura2 pula tanya
Anonymous
November 27, 2021 at 11:55 am
menantu zaman sekarang. besok hari gambar tuala pun tanggal. pening pening