Menantu Muhyiddin, Adlan Berhan Didakwa Hidup Mewah di Asia Barat — SPRM Sahkan Masih Diburu

Berita

Menantu Muhyiddin, Adlan Berhan Didakwa Hidup Mewah di Asia Barat — SPRM Sahkan Masih Diburu

Ahli perniagaan Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, menantu kepada bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang diburu sejak lebih dua tahun lalu, dipercayai kini menjalani kehidupan mewah di sebuah negara Asia Barat yang tiada perjanjian ekstradisi dengan Malaysia.

Adlan, 49, dikehendaki Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menghadapi pertuduhan pecah amanah berkaitan projek National Enforcement and Registration (Biometrics) System (NERS) bernilai RM595 juta. Siasatan mendapati hampir RM50 juta hasil kutipan PLKS yang sepatutnya digunakan untuk membayar balik sukuk, diselewengkan.

Advertisement

menantu muhyiddin

Menurut laporan New Straits Times, beberapa gambar menunjukkan Adlan bergaul dengan kenamaan Asia Barat, malah dikatakan kerap ke Thailand untuk bermain golf dan menembak.

Adlan meninggalkan Malaysia ke New Zealand pada 17 Mei 2023, tidak lama selepas Muhyiddin didakwa atas kes rasuah. Peguamnya, Mansoor Saat, turut melarikan diri ke Jakarta empat hari kemudian.

SPRM memaklumkan siasatan bermula pada 13 Mac 2023, dan antara Mei hingga Ogos tahun sama, pegawai penyiasat berulang kali cuba menghubungi Adlan melalui telefon, WhatsApp dan surat rasmi, namun tiada maklum balas.

Berikutan itu, SPRM mengambil beberapa tindakan termasuk:

  1. Mengisytiharkan Adlan dan Mansoor sebagai individu dikehendaki (7 Ogos 2023)
  2.  Mendapatkan waran tangkap dari Mahkamah Majistret Shah Alam (7 September 2023)
  3. Memohon Notis Merah Interpol melalui Jabatan Peguam Negara (Oktober 2023)
  4. Membatalkan pasport kedua-duanya antara Ogos dan September 2023.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, menjelaskan semua tindakan dilakukan secara sah dan telus mengikut undang-undang antarabangsa.

menantu muhyiddin

Adlan sebelum ini mendakwa akan pulang ke Malaysia selepas urusan peribadi di luar negara, namun gagal berbuat demikian. Mansoor pula menafikan melarikan diri dan mendakwa hanya akan pulang jika dijamin tidak dianiaya.

Selepas gagal dikesan, SPRM dan Jabatan Peguam Negara (AGC) bersetuju untuk mendakwa kedua-duanya secara in absentia (tanpa kehadiran).

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, pada 16 Oktober lalu mengesahkan siasatan selesai dan arahan pendakwaan telah dikeluarkan.

SPRM menegaskan komitmen untuk menegakkan undang-undang “tanpa takut atau pilih kasih”, serta memastikan tiada sesiapa  tanpa mengira kedudukan yang kebal daripada tindakan undang-undang. – Harian Metro

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

KPM CCTV Sekolaj
2025-10-22 10:08:57

Tambahan RM5 Juta Untuk CCTV, Tingkatkan Disiplin Dan Keselamatan Di Sekolah - KPM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...