Menantu Ahmad Zahid Hamidi Meninggal Dunia Pada Umur 44 Tahun

Trending

Menantu Ahmad Zahid Hamidi Meninggal Dunia Pada Umur 44 Tahun

 Datuk Syed Alman Syed Alwi, menantu Timbalan Perdana Menteri  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, meninggal dunia pada usia 44 tahun semalam semasa menjalani pembedahan gigi.

13329037_1048998618488055_1420719102_n

Foto: Syed Alwi dan Nurul Hidayah. Sumber Instagram Nurul Hidayah

Menurut New Straits Times Press, dia tidak sedarkan diri semasa menjalani pembedahan di klinik pergigian di Bangsar, kemudiannya dia dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya di Petaling Jaya.

Advertisement

Seorang pegawai Kementerian Perumahan ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Zahid difahamkan akan pulang dari Tokyo, Jepun kerana lawatan kerja untuk menghadiri Sidang Gabungan 34th Japan-Malaysia Economic Association (Jameca) dan Malaysia-Japan Economic Association (Majeca).

Syed Alman ialah suami kepada anak perempuan sulung Zahid, Datuk Nurul Hidayah.

Syed Alman ialah pengasas syarikat ICT, iGen Technology Sdn Bhd. Dia juga ialah pengerusi Dana Kebajikan dan Pendidikan (T4BUNG) Gerakan Belia 4B (M) Shah Alam.

Di akaun Instagram, Nurul Hidayah mengongsi foto dirinya dan Syed Alman, dengan kapsyen:

Al Fatihah. Syed Alman Zain bin Syed Alwi. Great Papa. Responsible husband. I lost someone that I can argue with. Bye Sayang.

amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...