Datuk Syed Alman Syed Alwi, menantu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, meninggal dunia pada usia 44 tahun semalam semasa menjalani pembedahan gigi.
Menurut New Straits Times Press, dia tidak sedarkan diri semasa menjalani pembedahan di klinik pergigian di Bangsar, kemudiannya dia dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya di Petaling Jaya.
Seorang pegawai Kementerian Perumahan ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Zahid difahamkan akan pulang dari Tokyo, Jepun kerana lawatan kerja untuk menghadiri Sidang Gabungan 34th Japan-Malaysia Economic Association (Jameca) dan Malaysia-Japan Economic Association (Majeca).
Syed Alman ialah suami kepada anak perempuan sulung Zahid, Datuk Nurul Hidayah.
Syed Alman ialah pengasas syarikat ICT, iGen Technology Sdn Bhd. Dia juga ialah pengerusi Dana Kebajikan dan Pendidikan (T4BUNG) Gerakan Belia 4B (M) Shah Alam.
Di akaun Instagram, Nurul Hidayah mengongsi foto dirinya dan Syed Alman, dengan kapsyen:
Al Fatihah. Syed Alman Zain bin Syed Alwi. Great Papa. Responsible husband. I lost someone that I can argue with. Bye Sayang.
–amazingnara.com