Menanti Berita Berikutan Nasib Industri Perkahwinan, Mila Jirin Akui Gelisah

Hiburan

Menanti Berita Berikutan Nasib Industri Perkahwinan, Mila Jirin Akui Gelisah

Mengusahakan syarikat perkhidmatan perkahwinan, penyanyi Mila Jirin dikhabarakn meletakkan harapan tinggi supaya kerajaan memberikan kebenaran memulakan semula operasi sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

mila jirin gelisah

Advertisement

Menurut Mila, beliau mewakili rakan industri yang lain akan tetap mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang diperinthakan oleh pihak kerajaan kelak.

Tambah Mila, beliau seakan menyeru orang ramai untuk sama-sama mendoakan agar pihak kerajaan memperhalusi cadangan SOP daripada pihaknya dan memberi kebenaran untuk beroperasi semula.

Mila berkongsi kisah tersebut di salah sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagram baru-baru ini.

“Saya mewakili ribuan pengusaha industri mengharapkan agar pihak kerajaan memberi kebenaran buat kami berniagaan semula. Semoga Allah permudahkan urusan kami.”

Dalam perkongsian itu, Mila memuat naik rakaman sesi sidang media oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Menteri Kanan (Kluster Keselematan) berikutan pemakluman mengenai perkembangan industri perkahwinan.

Menurut Ismail, kebenaran mengenai majlis kahwin itu akan dibincangkan secara terperinci dalam mesyuarat khas bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Selasa.

mila jirin gelisah

Malah terdapat pelbagai perkara yang perlu diambil kira sebelum sebarang keputusan dibuat.

Terdahulu, Mila dikecam hebat oleh netizen selepas tindakan menyuarakan pendapat meminta kerajaan membenarkan industri perkahwinan komersial beroperasi.

Bagaimanapun selepas menyedari ramai pihak tidak bersetuju dengan kenyataan itu, Mila tampil menyatakan beliau hanya mewakili rakan industri lain yang turut terkesan ekoran pelaksanaan PKP berikutan penularan pandemik COVID-19.

Sumber: mStar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...