Menangis Selepas Catat Kemenangan, Khabib Nurmagomedov Umum Bersara

Trending

Menangis Selepas Catat Kemenangan, Khabib Nurmagomedov Umum Bersara

Berjaya menewaskan petarung Amerika Syarikat, Justin Gaethje, Khabib Nurmagomedov yang juga bintang sensasi dari Rusia itu kini berjaya mengekalkan kejuaraan dalam lightweight UFC.

Dalam acara utama UFC 254 itu menyaksikan, keputusan pertarungan penyatuan gelaran lightweight ini menjadikan rekod profesional Khabib kepada 29 kemenangan tanpa kalah.

Advertisement

Untuk rekod, Gaethje tewas dengan keputusan ‘Submission’.

Bagaimanapun, dalam temubual selepas perlawanan berakhir, beliau yang teringatkan arwah bapanya Albdulmanap, dengan sedih mengumumkan persaraannya dari sukan MMA.

“Saya telah berjanji dengan ibu, ini pertarungan terakhir saya. Jika saya sudah berjanji, saya mesti tunaikan. Ini pertarungan terakhir saya,”

Sekadar informasi, ini merupakan kemenangan kali ketiga petarung itu menyandang gelaran lightweight.

Kali pertama Khabin menjuarai pertarungan tersebut ialah pada Oktober 2018 selepas berjaya menewaskan Conor McGregor dalam aksi UFC 229.

Kemenangan kepada Dustin Poirier pada September tahun lalu dalam acara UFC 242 pula merupakan kejayaan keduanya dalam sukan tersebut.

Sumber: UFC

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...