April 15th, 2020

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon veteran, Wan Maimunah, yang terkenal dengan watak air mata. Namun, kali ini ia bukan sekadar lakonan, tangisannya benar-benar mengundang sebak orang ramai.

wan maimunah menangis bantuan makanan

Wan Maimunah tidak dapat menahan sebak pada saat diziarahi Ustaz Sheikh Mohammad dan beberapa ustaz muda, beberapa hari lalu di kediaman anak angkatnya di Kota Puteri, Batu Arang, Selangor. Betapa dia terharu menerima bantuan makanan untuk kegunaan harian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan masih ada lagi orang yang sudi bertanya khabarnya.

Video tangisan Wan Maimunah yang dikongsikan oleh Presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin menjadi tular di media sosial.

View this post on Instagram

BANGUN pagi pagi hari tu, terima video ni. Daripada ibu Wan Maimunah sendiri yang dihantar kepada saya. Berat hati nak post pada awalnya, tapi bila video jadi viral dah sehari dua ni, saya post kanlah juga semula. Jangan kecam tau… Sebenarnya saya post sebagai menghargai budi baik sahabat kami, Ustaz Sheikh Mohammad yang memang bergerak kulur kilir membantu yang memerlukana. Ustaz Sheikh Mohammad buat masa sekarang dia gerak sendiri dengan seorang dua rakan, dia pakai apa yang dia punya sendiri, pergi beli barang, pergi hantar dari rumah ke rumah, ke tangan penerima sendiri. Sebab tu dengarnya dah jadi anak angkat beberapa artis dah sekarang ni. Hehehe! Apapun ini sumbangan kecil sahaja. Sejak saya tak kerja, duduk rumah saja, kewangan pun terhad nak beri infaq banyak-banyak. Tapi ada cara untuk kita membantu juga walaupun bukan dengan wang ringgit. Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan usaha kita semua.

A post shared by Tengku Dato' Khalidah (@tengkukhalidah_tengkubidin) on

Dalam pada itu, Ustaz Sheikh Mohammad berharap kerja amal dan bantuannya kepada golongan artis tidak diperbesarkan kerana dia hanya menjalankan tanggungjawab kecil kepada sebahagian masyarakat yang memerlukan.

Difahamkan, Ustaz Sheikh Mohammad bekerjasama dengan WHAM dan rakan selebriti seperti Zul Yahya dan Azza Elite dengan memberikan bantuan kepada pelakon-pelakon veteran.


4 responses to “Menangis Peluk Roti, Wan Maimunah Sebak Terima Bantuan Makanan”

  1. Tkh says:

    Boleh tk kita husnudzon ? Drma air mata ? Klau betul air mata dya ikhlas sbb mnsyukuri dgn sumbngn yg dberikn mcm mna ? Suka kew jatuh hukum fitnah ? Niat dya Allah sje tahu kan, then wht u wnt ?

  2. Anonymous says:

    taklah aku tak paham lah ngan wan maimunah ni.. bukan selalu ke dia menangis2 macamni? rasanya dah bertahun2 dia ni asal nampak kamera je menangis macam ni then lepas tu ada orang bagi bantuan. takkan sampai sekarang pun tak berubah2 naseb dia ni? sampai bila nak buat drama air mata macam ni?

  3. minah jambu say STAY AT HOME !! says:

    alhamdulillah ye ..pahit manis gembira semua dh di lalui oleh nya ..dh tiba masa nya cik wan maimunah bersenang dn gembira dengan rezeki yg di berikan..syukur kepada Allah..jangan bersedih lagi ye semoga cik wan di murahkn rezeki kesehatan yg baik..

  4. Anonymous says:

    Subhanallah..maha muci bagiMU ya Allah yang menggerakkan hati2 orang yang kaya yg bekemampuan untuk menolong golongan orang yang tak mampu..Alhamdulillah..buat makcik wan maimunah,semoga sentiasa dalam lindungan Allah..moga rezeki terus mengalir kepadamu ..saya tau itu bukan lakonan air mata kerana sy tahu bagaimana keadaan makcik sebelumnya..fii hifzillah

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...