Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Menangis Ketika Menyanyi : Shahir Nafi Cuba Berdrama Untuk Tagih Simpati

Ada beberapa pihak mengatakan penyanyi Shahir cuba untuk menagih simpati penonton atas kontroversi yang berlaku  antaranya bersama pramugari Firefly, Mona dengan menitiskan air mata ketika menyanyikan lagu Mama Jangan Pergi pada konsert final AF Megastar 2017. Walaubagaimanapun, Shahir menafikan beliau cuba berdrama.

Advertisement

Saya bukanlah orang yang mudah mengalirkan air. Namun, kali ini, lagu dinyanyikan menyentuh jiwa saya. Sebenarnya, saya cuba sebaik mungkin untuk tidak menangis. Ini disebabkan saya tidak mahu ia mengganggu persembahan. Kadang kala, vokal juga boleh berubah kerana emosi. Itu yang saya cuba kawal.

Perkara begini tidak boleh dipaksa-paksa. Jadi bukanlah sengaja dibuat untuk meraih simpati.

Mungkin memang benar Shahir betul-betul “feel” ketika menyanyikan lagu tersebut, fikirlah yang positif sahaja. Malah, Shahir pernah beritahu bahawa beliau tidak terkesan dengan gosip bersama Mona dan akan melamar Erra Fazira pada tahun depan.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : kakifoto_

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama