Ada beberapa pihak mengatakan penyanyi Shahir cuba untuk menagih simpati penonton atas kontroversi yang berlaku antaranya bersama pramugari Firefly, Mona dengan menitiskan air mata ketika menyanyikan lagu Mama Jangan Pergi pada konsert final AF Megastar 2017. Walaubagaimanapun, Shahir menafikan beliau cuba berdrama.
Saya bukanlah orang yang mudah mengalirkan air. Namun, kali ini, lagu dinyanyikan menyentuh jiwa saya. Sebenarnya, saya cuba sebaik mungkin untuk tidak menangis. Ini disebabkan saya tidak mahu ia mengganggu persembahan. Kadang kala, vokal juga boleh berubah kerana emosi. Itu yang saya cuba kawal.
Perkara begini tidak boleh dipaksa-paksa. Jadi bukanlah sengaja dibuat untuk meraih simpati.
Mungkin memang benar Shahir betul-betul “feel” ketika menyanyikan lagu tersebut, fikirlah yang positif sahaja. Malah, Shahir pernah beritahu bahawa beliau tidak terkesan dengan gosip bersama Mona dan akan melamar Erra Fazira pada tahun depan.