Pelakon Zara Zya menerusi laman Instagram ada meluahkan rasa terkilan apabila ada individu mendakwa dirinya telah memanipulasi dan menyalahgunakan duit bantuan yang disalurkan oleh orang ramai kepadanya.
Malah, ujar Zara lagi, ada mereka di luar sana yang memandang serong setiap tindakan yang dikongsi Zara di media sosialnya apatah lagi ingin menyokongnya dalam melakukan aktiviti kebajikan.
View this post on Instagram
Katanya lagi, apabila berkongsi mengenai kebaikan pasti ada sahaja cerita yang kurang enak didengari dan komen negatif diberi oleh netizen.
“Ada kata saya menipu, bawa lari duit orang dan bukan nak tolong orang..saya sedih sebenarnya. Dari kecil saya suka tolong orang, suka share rezeki dengan orang dan kalau nampak orang susah saya akan tolong, tapi sekarang ni bila saya mengajak lebih ramai orang yang baik-baik untuk membantu orang lain lebih susah, susah sangat ke?”
Dia yang sebelum ini melancarkan laman web khas iaitu Malaysia Prihatin bagi memudahkan orang ramai menghulurkan pertolongan mengikut jenis bantuan yang dipilih pengguna.
View this post on Instagram
Jelasnya lagi, dia bersedia untuk mengemukakan bukti dan resit pembelian barangan keperluan menerusi sumbangan namun terbatas apabila Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan dalam negara.
“Ada pula pertikaikan betul ker duit ini..sampai hati..Apa salahnya tanya dulu, saya boleh tunjuk resit saya beli, kat mana beli dan makanan apa yang saya beli..” ujarnya lagi dalam nada hiba.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.