Written by AbangNara | January 29th, 2013

Anda peminat Awi Rafael? Walaupun hati Awi Rafael sudah menjadi milik Hanez Suraya, namun ini tidak bermakna anda tidak boleh menikmati kehebatan Awi Rafael di showcasenya yang akan berlangsung pada 8 Februari ini.

awi rafaelDengan kerjasama Warner Music, BeautifulNara akan memberi 5 pasang tiket ke showcase Awi Rafael. Perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah LIKE Facebook Warner Music ini. Kemudian jawap 3 soalan di bawah dan hantarkannya ke [email protected].

1. “HARI-HARIKU” merupakan single Awi Rafael yang ke-berapa bagi album ASALKAN AKU OK?
2. Di manakah showcase Awi Rafael bakal berlangsung?
3. Apakah acara ekslusif yang bakal berlangsung pada SHOWCASE AWI RAFAEL nanti?

Senang je kan soalan dia? Jangan lupa hantar penyertaan bersama maklumat diri (nama penuh, ic, hp number, fb account) ke [email protected]. Peserta yang mempunyai caller ringtone salah sebuah lagu AWI RAFAEL akan mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memenangi pas percuma ini.

awi rafael

Baca entri ini sepenuhnya untuk jawapan bagi ketiga-tiga soalan di atas. Terima kasih sekali lagi kepada Warner Music Malaysia atas kemurahan hati mereka untuk menaja tiket-tiket percuma ini.

AWI RAFAEL tentunya nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik tempatan. Hasil karya beliau yang sentiasa berkumandang di corong-corong radio memudahkan beliau dikenali lantas meningkatkan popularitinya dalam kalangan peminat muzik tanah air. Walaupun baru 2 tahun bergelar penyanyi yang juga merupakan penulis lagu, AWI RAFAEL telah berjaya meraih beberapa pencalonan menerusi anugerah-anugerah terulung sebaris dengan artis-artis ternama tempatan!

Mengimbau kembali di awal penglibatan beliau pada 2011, populariti AWI RAFAEL menerusi single “Pulanglah” telah melayakkan beliau tersenarai sebagai “Artis Lelaki Baru Paling Popular” pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke 25. Seiring dengan nama yang meningkat naik, AWI RAFAEL kemudian terpilih untuk membuat persembahan pembukaan pada konsert 2 orang artis antarabangsa semasa jelajah mereka di Malaysia, iaitu Dashboard Confessional dan Jason Mraz!

Populariti AWI RAFAEL tidak hanya tertumpu di Malaysia. Hal ini terbukti apabila beliau telah tercalon dalam beberapa kategori di Anugerah Planet Muzik 2012, sebuah pencalonan yang melibatkan 3 buah Negara seantero iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura, menerusi 4 kategori iaitu “Artis Baru Terbaik”, “Artis Lelaki Paling Popular”, “Vokal Terbaik”, dan “Lagu Terbaik”. Pada anugerah ini, AWI RAFAEL berjaya meraih gelaran “Lagu Terbaik” menerusi single “Pulanglah”.

Tidak lengkap rasanya hidup seorang seniman jika tidak terus menerus berkarya. AWI RAFAEL tampil dengan album kedua beliau bertajuk ASALKAN AKU OK! pada pertengahan 2012 dan pertaruhkan single dengan tajuk yang sama. Kesemua lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album ini adalah hasil karya beliau sendiri dan lagu “Asalkan Aku OK” digemari oleh peminat muzik tanah air dan rancak dimainkan di semua stesyen radio tempatan.

Kini AWI RAFAEL tampil lagi dengan single baru beliau bertajuk HARI-HARIKU. Seperti lagu-lagu beliau yang lain, HARI-HARIKU merupakan hasil nukilan oleh AWI RAFAEL sendiri. Selari dengan imej dan pembawakan beliau yang sentiasa tampil ranggi, lagu ini bagaikan sebahagian ‘jiwa’ AWI RAFAEL apabila disampaikan dalam rentak ‘rock’.

HARI-HARIKU mengisahkan hari-hari yang dilalui dengan rasa cinta. Segalanya rasa indah dan lengkap dengan kehadiran cinta. Lagu ini turut menyentuh perihal kesyukuran yang tidak terhingga apabila dianugerahkan kekasih hati yang sanggup menerima diri seadanya…

Pada tanggal 8hb Februari 2013, Jumaat, bakal diadakan sesi sidang akhbar bagi merasmikan album terbaru AWI RAFAEL, ASALKAN AKU OK! , juga sebagai pengenalan kepada single terbaru beliau, HARI-HARIKU. Majlis ini nanti bakal menyaksikan kerjasama sulung Warner Music Malaysia dengan pihak ASWARA, yang juga merupakan penaja rasmi lokasi bagi majlis tersebut.

Orang awam dijemput hadir bagi memeriahkan SHOWCASE AWI RAFAEL yang bakal diadakan pada lokasi yang sama. Selain daripada persembahan khas oleh AWI RAFAEL sendiri, showcase ini bakal diserikan dengan persembahan-persembahan oleh para pelajar ASWARA. Para hadirin juga bakal menyaksikan tayangan klip video HARI–HARIKU secara ekslusif pada showcase ini! Pas masuk adalah dengan pembelian album AWI RAFAEL di lokasi showcase ataupun dengan membawakan bukti pembelian sekiranya album ini telah dibeli terlebih dahulu. Album ASALKAN AKU OK! boleh didapati dengan harga hanya RM25.00 di lokasi showcase. Kelebihan bagi para pembeli album di lokasi showcase, anda akan berpeluang untuk beramah mesra dengan AWI RAFAEL pada ‘Sesi Bertemu Peminat’ di akhir showcase ini nanti!!

Berikut adalah maklumat mengenai showcase ini:

SHOWCASE AWI RAFAEL

Tarikh : 8hb Februari 2013, Jumaat

Masa : 8 mlm

Tempat : Dewan Orkestra, ASWARA, Jalan Tun Ismail, KL

HARI-HARIKU

Muzik dan lirik : AWI RAFAEL

Indahnya kata-kata hatimu
Menyempurnakan warna hatiku
Tulusku kata, kuinginkan semua
Kebaikan, hanya untukmu

*
Hari-hariku rasa bersyukur karna kau
Tetap akan ada
Menerima semua kesalahan yang ku pernah ada
Hari-hariku rasa cinta

Indah matamu mata hatimu
Mewarnikan hitam hatiku
Benar kau kata, kebenaran semua
Firasat aku hanya untukmu..

*
Hari-hariku rasa bersyukur karna kau
Tetap akan ada
Menerima semua kesalahan yang ku pernah ada
Hari-hariku rasa cinta

Berkata, duduk terdiam ku berkata
Soalannya, soalannya tentang kita
Engkaulah, engkaulah semua di hatiku
Akukan menunggu

Lagu cinta yang disusun dengan begitu indah ini tentunya bakal menjadi peneman pasangan ‘merpati dua sejoli’ yang sedang bercinta… Khas buat semua yang ingin mengabadikan HARI-HARIKU sebagai nada dering, anda boleh ikuti arahan muat turun berikut: Bagi Maxis Caller Ringtones, dial *131*269202# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.musicunlimited.com.my. Bagi Celcom Call Me Tones, sila dial *888*162575# dan tekan call/send, ataupun dengan melayari http://www.thecube.my. Manakala bagi Digi Caller Tunes pula, anda boleh dapatkan lagu ini dengan menaip CT0163020 dan hantar ke 2000 ataupun dengan melayari http://ct.digi.com.my. Bagi mendapatkan U Mobile Colour Tones, sila dial *118*5*2*383039# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.u.com.my.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

18 responses to Menangi Tiket Ke Showcase Awi Rafael 8 Februari Ini

  1. Anonymous says:

    tgk lahh kalau senang nnt.. i klik lah yea..

    0

    0
  2. fateh says:

    hehe….

    0

    0
  3. Awe says:

    Siapa pula Awie Rafael ni? Penyanyi baru? Lagu beliau yang meletop yang mana? Nak download..

    0

    0
  4. miss mong says:

    sorry..tk minat

    0

    0
  5. awang rafeel says:

    Aku komen la kesian nanti awi kecik hati xde org komen post ni. Tp tlg jgn bg aku tiket free ye awi. Aku tak nak (smbil wat simbol jari ala2 tak nak merokok)

    0

    0
  6. pek ah says:

    macamana kalau nk beli ? xnk masuk cntest leceh ….

    0

    0
  7. Iyah says:

    Gmbr yg ada lukisan grafiti tu ada perkataan x sepatutnya.f___k you.perlu lebih alert masa akan dtg.

    0

    0
    • Ratu minah jambu merah/ biru says:

      itu kan lukisan orang yg conteng2 kannnnnn….ape je dia ni lahhh ! setakat perkataan F….U bukan ape2 ponnnnn lain lah kalau ada perkataan yg ini > F…..K your mother pusicat < jangan nk kecoh2 lah !!!

      0

      0
  8. zain minho says:

    leceh lah contest2 ni…..kalau menang pun aku tak kan pergi….muahahhaha

    0

    0
  9. Ratu minah jambu merah/ biru says:

    pada hari yg di janji kan tu jhaniz suraya ada tak ? kalau ada ok la minah jambu leh gi tengok….kalau tkde macm malas pulak minah jambu ni al maklom lah asek asek keja keja keja penat !!!!!!

    0

    0
  10. lalitanplom says:

    pehal la ratu minah jambu ni. Entah apa2. Msti budak nerd yg xde life ni. What a shame.

    0

    0
  11. nora says:

    sape awi ni popular ke

    0

    0
  12. miss wawa says:

    komen sume sarcastic!!

    0

    0
  13. Opah says:

    kasi Opah je nyanyi…

    0

    0
  14. boboy says:

    ahhh mat tattoo ni pulakkkk

    0

    0