Anuar Zain. Pasti semua orang teruja dengan kehebatan dan kelantangan suara milik jejaka terhangat di Malaysia ini. Abang Nara kalau dengar Anuar Zain buat persembahan secara live di kaca TV, memang meremang bulu roma dibuatnya. Tak salah kalau nak katakan Anuar Zain memiliki suara emas.
Dan kini anda berpeluang untuk bertentang mata dengan penyanyi kegilaan ramai ini di Minggu Setiausaha 2012. Untuk makluman, Anuar Zain adalah salah seorang penyanyi kegemaran ketika Minggu Setiausaha. Dan untuk tahun 2012, Anuar Zain akan membuat persembahan di Kuala Lumpur Convention Centre (10 April) dan The Zone Regency Hotel Johor Bahru (17 April)
Khas untuk pembaca BeautifulNara, pihak penganjur telah sudi untuk menghadiahkan 2 keping tiket kepada pembaca yang bertuah. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah memberikan komen terbaik “Mengapa Anda Suka Anuar Zain” di ruangan komen di bawah. Pastikan email yang digunakan adalah sama dengan email di Facebook anda untuk memudahkan urusan penghantaran hadiah.
Namun sekiranya anda memang peminat setia Anuar Zain dan ingin mendapatkan terus tiket persembahan Anuar Zain untuk Minggu Setiausaha 2012, anda boleh membelinya secara terus di www.ticketpro.com.my. Kalau anda seorang boss, apa kata hadiahkanlah sekeping tiket untuk setiausaha anda bersantai bersama Anuar Zain.
Fuh. Cuba bayangkan anda dapat menatap wajah kacak Anuar Zain betul-betul di hadapan mata anda. Memang puas hati kan? So tunggu apa lagi? Tinggalkan komen terbaik anda ataupun dapatkan tiket di www.ticketpro.com.my.
Yat
May 5, 2012 at 9:03 am
Tahun lepas da attend secretary week on 09/04/11 ngan Anuar Zin kat Permaisuri Hotels & Resort, Melaka. Hope tahun ni dapat join lagi. Tp with free tickets la =)
Asmara Alias
April 8, 2012 at 11:39 pm
Saya meminati Anuar Zain kerana suaranya merdu, sedap didengar. Kena dengan jiwa saya. Dan kerana Anuar Zain juga, sy jumpa dengan bakal suami sy yang akan sy nikahi bulan 9 ni. Secara tidak langsung terima kasih kepada Anuar Zain kerana lagu ‘Sedetik Lebih’ memberikan saya kebahagian yang sy impikan selama ini. Terima Kasih..
Muhammad Azwan Azri
April 8, 2012 at 10:58 pm
Mengapa Saya Suka Anuar Zain?
Persembahannya amat ditunggu-tunggu oleh peminat mania,
Personalitinya bergemerlapan penuh aura,
Suaranya bak mutiara dalam industri muzik semasa,
Ikon ternama dan lagu beliau masih segar di ruang udara,
Epik superstar Malaysia kini kembali menghangatkan minggu setiausaha,
Beliaulah Anuar Zain “Permata” yang senantiasa berkilau dalam arus muzik perdana!