Menangi Tiket & Cenderahati Eksklusif Filem Paddington 2

Hiburan

Menangi Tiket & Cenderahati Eksklusif Filem Paddington 2

Bagi penggemar filem animasi-realiti, mungkin anda pernah menonton Paddington pada tahun 2014. Sebuah filem yang menceritakan seekor beruang ditinggalkan di stesen keretapi di London dan ditemui oleh sebuah keluarga iaitu keluarga Brown.

Apa yang menarik, mereka bukan mengambil beruang ini sebagai haiwan peliharaan. Tetapi sebagai ahli keluarga mereka. Lebih mengejutkan bagi keluarga Brown ialah apabila mereka menyedari beruang tersebut boleh bercakap dan berkelakuan seperti manusia.

Advertisement

Hari-hari yang dilalui oleh beruang Paddington itu semakin mencabar apabila ada pihak yang cuba mengambil kesempatan ke atasnya selepas mengetahui kewujudan Paddington. Ahli keluarga Brown tidak hanya berdiam diri malah sentiasa bersama Paddington tiap kali Paddington dilanda masalah.

Mereka juga berkongsi kenangan manis dan indah bersama-sama. Semua ahli keluarga Brown baik pada Paddington dan yang paling tidak boleh dilupakan oleh Paddington adalah Aunty Lucy.

Kesinambungan Paddington 2014 di teruskan dengan Paddington 2 yang bakal menemui penonton pada 30 November 2017 ini. Dalam kesinambungan ini bakal memperlihatkan Paddington yang di salah anggap sebagai pencuri lalu di masukkan ke penjara.

Khas untuk pembaca BeautifulNara, kami ada beberapa pasang tiket dan cenderahati eksklusif filem Paddington 2 untuk diberikan kepada anda. Berikut adalah info tayangan.

Tarikh : 29 NOVEMBER 2017 (RABU)
Masa : 9:30 MALAM
Tempat : GSC 1 UTAMA

Ini pula beberapa cenderahati eksklusif yang bakal menjadi milik pembaca bertuah:-

Untuk memenangi tiket dan cenderahati eksklusif ini, anda hanya perlu isikan borang di bawah dengan slogan “Saya suka tengok Paddington 2 ini kerana..”.

Slogan yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang. Sila cepat sebelum terlambat.

Pemenang akan dimaklumkan menerusi email sebelum tarikh tayangan. Terima kasih kepada Squarebox Pictures atas tayangan eksklusif ini. Selamat mencuba.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...