Menangi Sepasang Tiket AirAsia X Dari Kuala Lumpur Ke Busan

Hiburan

Menangi Sepasang Tiket AirAsia X Dari Kuala Lumpur Ke Busan

Abang Nara pernah pergi Busan ketika belajar di Korea dulu. Memang cantik tempatnya terutamanya Haeundae Beach. Penuh dengan manusia ketika musim panas. Semuanya berseronok mandi-manda di pantai itu. Sampai tak ada tempat nak duduk.
busan

Jadi apabila Abang Nara mendapat tahu yang AirAsia X akan memulakan penerbangan 4 kali seminggu dari Kuala Lumpur ke Busan, memang diri ini teruja dibuatnya. Penerbangan pertama akan bermula pada 15 Julai 2013 ini. Dan dengan kerjasama AirAsia X, Abang Nara ingin memberi sepasang tiket penerbangan pergi balik KL-Busan kepada seorang pembaca bertuah BeautifulNara.
busan

Advertisement

Caranya amat mudah sekali. Anda hanya perlu menjawab 3 soalan di bawah dan hantarkan jawapan anda ke [email protected]. Pemenang akan dihubungi menerusi email.  Soalannya ialah:-

1. Berapa kalikah penerbangan AirAsia X dari KL ke Busan dalam seminggu?
2. Bilakah penerbangan pertama dari KL dan Busan akan bermula?
3. Lengkapkan slogan ini (suka hati berapa panjang pun). “Saya ingin memenangi tiket ke Busan bersama Air Asia X anjuran BeautifulNara kerana …. “.

busan

Untuk makluman, sempena pelancaran penerbangan KL-Busan, AirAsia kini sedang mengadakan promosi besar-besaran. Anda boleh menikmati keindahan Busan dengan harga tiket bermula RM269 sahaja. Murah gila kan? Kalau terasa nak tempah, layarilah www.airasia.com sekarang jugak. Promosi ini sah sehingga 2 Jun 2013 sahaja.

busan

Jadi tunggu apa lagi? Sertailah peraduan awesome ini sekarang jugak. Pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan yang betul dan slogan yang paling kreatif. Sila cepat kerana tarikh tutup peraduan ialah pada 2 Jun ini. Terima kasih sekali lagi kepada AirAsia X atas kerjasama ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...