Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Menangi Sebuah Blackberry Playbook Dengan Bermain Kuiz Filem Hantu Dalam Botol Kicap

Tajuk filem ini memang agak catchy. Hantu dalam botol kicap. Dengar tajuk pun dah boleh agak ini adalah sebuah filem seram komedi. Bila Abang Nara baca sinopsis filem ini, Abang Nara dah senyum sorang-sorang. Jalan ceritanya pun dah memang funny.

hantu dalam botol kicap 2

Advertisement

Cuba korang baca sendiri sinopsis filem Hantu dalam botol kicap ini:-

Aminah dan suaminya, Hussin pulang ke kampung bersama tiga orang anak mereka, Azri, Epul dan Rina. Aminah ingin meminta ibunya, Nek Temah menjaga ketiga-tiga anaknya . Nek Temah merupakan seorang dukun dikampungnya. Hari pertama tiga beradik itu di rumah Nek Temah, mereka diberitahu tentang pantang larang di rumah tersebut. Pertama, mereka tidak boleh keluar rumah selepas maghrib dan kedua, mereka tidak boleh masuk bilik misteri yang diikat selempang merah.

Ketika Nek Temah keluar mengubat, Epul terpandang bilik yang diikat selempang merah dan kedengaran bunyi botol berlaga dari dalamnya dan hendak cuba membuka pintu tersebut tetapi terhalang kerana Nek Temah berdiri di belakangnya.

Pada suatu hari, Nek Temah menyuruh cucu-cucunya menangkap, mencabut bulu dan menyembelih ayam. Nek Temah ingin mengajar mereka agar bekerjasama dan akhirnya mereka berjaya menyempurnakan tugasan tersebut.

Semasa makan, Rina teringin untuk makan nasi bersama kicap. Epul mencadangkan agar mereka membuka pintu misteri tersebut. Ketika pintu terbuka, tangan Rina luka dan Epul menggunakan kain pengikat botol untuk membalut tangan kakaknya. Seekor hantu terlepas dan hampir mencekik Rina tetapi disergah oleh Nek Temah.

Apakah yang terjadi pada Rina, Epul dan Azri? Semua terjawab dalam filem hantu dalam botol kicap.

Ha tuelah sapa suruh bukak botol kicap kan dah keluar hantu. Hehehe. Abang Nara ada berita baik untuk anda semua. Dengan hanya menonton trailer filem Hantu Dalam Botol Kicap di Facebook MIG Online dan menjawap beberapa kuiz mudah, anda boleh memenangi sebuah Blackberry Playbook. Menarik kan? Senang je kot soalan-soalan kuiz yang diberi. So cubalah nasib anda hari ini dengan menjawap kuiz tersebut hari ini jugak di sini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

12 Comments

  1. Anonymous

    February 7, 2012 at 4:32 pm

    aku tengok hantu tu temban semacam jer…ini kes terlebih minum kicap lah ni….

  2. olala

    February 7, 2012 at 1:09 pm

    Tak bosan lagi ke dengan genre hantu gini? Dah 2012 la bai… (Aku taw ko shooting last year, but still!)

  3. wanputra

    February 7, 2012 at 12:50 pm

    x layan sial cite metrowealth nie. kuantiti lebih kualiti haprak. puih!!

  4. Rin

    February 6, 2012 at 9:55 pm

    Epy jd plakon turrr… haha.. lucu tgk mimik muka dia

  5. min

    February 6, 2012 at 7:30 pm

    dah bosan kot genre hantu..rasanye tak laku dah..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top