April 15th, 2014

Oh yeah~~~~~~ Abang Nara suka sangat dengan peraduan terbaru Suria FM ini. Bukan apa, telinga Abang Nara memang cekap mengesan bunyi-bunyi yang pelik ini. Telinga ala-ala Superman gitu. Lebih-lebih lagi apabila RM30,000 ditawarkan untuk meneka dalam peraduan Telinga Power Suria FM ini yang bermula dari 7 April sehingga 2 Mei 2014.

telinga power

Baru-baru ini ada seorang pendengar Suria FM telah berjaya memenangi RM6,000 apabila berjaya meneka bunyi yang diberikan dengan tepat. Memang power sungguh telinga pendengar itu. Kalau tak silap Abang Nara, jawapan yang diberikan ialah kerusi pejabat. Memang sukar untuk diagak kan? Korang jangan risau, sebab di laman web Suria FM ada pembayang-pembayang yang diberikan untuk memudahkan tekaan.

telinga power

Setiap bunyi yang harus diteka bernilai RM500 dan sekiranya gagal diteka, wang tersebut akan digandakan dan dibawa ke segmen seterusnya. Ada 3 segmen yang akan menawarkan peluang ini iaitu:-

  • Segmen Ceria Pagi – Halim Othman dan Adibah Noor (5 pagi – 10 pagi)
  • Segmen Ceria Petang – Linda Onn (4 petang – 8 malam)
  • Segmen Ceria Suria – Reza Mohamed (10 pagi – 1 petang) bergilir-gilir dengan segmen Santai Ceria – Seri (1 petang – 4 petang) dan segmen Selamat Malam Suria – Bob Ringgo (8 malam – 10 malam) 

telinga power

Apa yang anda perlu lakukan ialah menjadi pemanggil pertama di di talian 03-77242115 dan teka bunyi apakah yang dimainkan. Yang penting, sentiasalah melawat Facebook Suria FM dan juga laman web Suria FM untuk mendapatkan pembayang terkini. Jangan lepaskan peluang untuk memenangi sebahagian daripada RM30,000 menerusi peraduan  Telinga Power Suria FM. Pasti berbaloi-baloi!!!


Comments are closed.

Loading...