Sabtu lalu, akhirnya salah satu impian diri ini tercapai jua. Abang Nara akhirnya dapat bertemu secara “live†dengan penyanyi kegemaran Abang Nara iaitu Adibah Noor. Setelah mengetahui yang Adibah Noor akan membuat kemunculan istimewa di ibu pejabat  AJINOMOTO®, Abang Nara seawal jam 8.30 pagi sudah terpacak di pintu masuk. Excited tak ingat nak jumpa penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini.
Abang Nara ingatkan diri ini adalah yang paling awal hadir. Rupa-rupanya sudah ramai yang mula mendaftar di khemah yang disediakan. Semuanya pun teruja kerana mendapat peluang untuk bersua muka dengan Adibah Noor. Untuk makluman, Adibah Noor bukan datang saja-saja ke ibu pejabat AJINOMOTO® ini. Penyanyi, pelakon dan pengacara ini merupakan duta TUMIX® Penambah Rasa Kuah yang merupakan produk terbaru AJINOMOTO® merupakan penyedap makanan terutamanya masakan kuah. Itu yang dalam ibu pejabat AJINOMOTO® ini penuh dengan bunting wajah comel Adibah Noor.
Sementara menunggu majlis pelancaran TUMIX® Penambah Rasa Kuah bermula, Abang Nara jalan-jalan melihat aksi para tetamu yang telah hadir. Paling seronok apabila melihat mereka menggayakan aksi comel, kelakar dan menarik sempena pertandingan “Muka Wowâ€. Peserta yang buat ekspresi wajah paling “Wow†kerana kehebatan TUMIX® Penambah Rasa Kuah akan memenangi hadiah yang bernilai ribuan ringgit. Best kan? Itu yang semua orang buat sehabis baik tue. Kagum Abang Nara dengan usaha mereka.
Tepat jam 10.30, majlis pelancaran produk terbaru AJINOMOTO® iaitu TUMIX® Penambah Rasa Kuah pun bermula. Menarik sungguh gimik pelancaran yang dilakukan oleh boss besar AJINOMOTO® iaitu Encik Ryoichi Ebata. Besar sungguh mock up bungkusan TUMIX® Penambah Rasa Kuah yang perlahan-lahan menjelma daripada kuali. Salah satu perkara yang paling menarik bagi Abang Nara ialah apabila Encik Ryoichi Ebata memaklumkan yang AJINOMOTO® sudah bertapak di Malaysia lebih daripada 50 tahun. Patutlah produk AJINOMOTO® sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk melazatkan lagi rasa masakan.
Tidak lama selepas Encik Ryoichi Ebata selesai membuat perasmian, Adibah Noor pun membuat kemunculan. Habis menjerit kegembiraan semua tetamu yang hadir. Adibah Noor tampak jelita dengan pakaian yang sangat menawan. Berdiri di sisi boss besar AJINOMOTO®, Adibah Noor turut sama memegang mock up TUMIX® Penambah Rasa Kuah sebagai tanda perlantikan dirinya sebagai duta produk ini. Bagi Abang Nara, pemilihan Adibah Noor sebagai duta TUMIX® Penambah Rasa Kuah adalah satu pilihan yang bijak dan tepat oleh AJINOMOTO®.
Sebab apa Abang Nara kata Adibah Noor adalah duta yang paling sesuai untuk produk ini? Ha, ini kerana Abang Nara sudah pun menonton video promosi yang dilakonkan oleh Adibah Noor ketika majlis pelancaran TUMIX® Penambah Rasa Kuah . Memang kelakar tak ingat punya. Power sungguh Adibah Noor menjiwai karekter yang diberikan olehnya. Tambah power apabila Adibah Noor mengajak kita semua menerusi videonya untuk memenangi RM100,000 dengan menyertai peraduan TUMIX Cabaran Rasa Kuah. Apa yang perlu dilakukan cuma “Masak, Rasa dan Menangâ€. Mudah gila kot.
Langkah 1 yang harus dilakukan ialah meminta sampel percuma TUMIX ® PENAMBAH RASA KUAH di laman web www.tumixkuah.com.my. Selepas sampel percuma dah tiba di rumah anda,
2. MASAK
Sediakan hidangan “TUMIX ® PENAMBAH RASA KUAHâ€
3.RASA
Alami rasa sedap “TUMIX ® PENAMBAH RASA KUAHâ€.
4. AMBIL FOTO & KARANG
Ambil gambar muka WOW melalui foto (gambar anda bersama pek TUMIX ® PENAMBAH RASA KUAH atau LAUK BERKUAH) dan komen bertulis dalam 10 perkataan atau kurang sama ada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
5. HANTAR
Hantar borang penyertaan melalui pos biasa, Internet.
Hadiah Utama
RM100,000.00 wang tunai!
Hadiah Pertama
RM50,000.00 wang tunai!
Hadiah Kedua
RM20,000.00 wang tunai!
Hadiah Saguhati
Baucar Perabot , Kerusi Urut & banyak lagi Barangan Eletrik Tajaan Toshiba
Hadiah Setiap 2 Minggu
RM5,000.00 wang tunai
Kalau tak berapa faham dengan penjelasan Abang Nara, banyak lagi informasi yang boleh anda dapati di www.tumixkuah.com.my. Selesai menjamu selera yang sangat lazat kerana telah dilengkapkan lagi dengan TUMIX® Penambah Rasa Kuah, Adibah Noor mula membuat persembahan dengan menyanyikan lagu-lagunya. Suasana mula menjadi tidak terkawal apabila Adibah Noor turun dari pentas untuk bertemu para peminatnya. Penuh semua orang nak berâ€selfie†dengan Adibah Noor. Abang Nara tak sanggup nak bersesak-sesak jadi tak dapatlah ambil gambar. Namun Abang Nara respek dan kagum dengan keprofessionalan yang ditunjukkan oleh Adibah Noor sepanjang proses “selfie†ini. Masih sempat buat lawak dan menyanyi untuk menghiburkan para tetamu. Memang terbaik.
Tamat acara, Abang Nara dan beberapa rakan blogger dibawa masuk ke muzium AJINOMOTO® untuk penerangan serba sedikit mengenai syarikat ini. Selain daripada pengenalan mengenai sejarah AJINOMOTO®, Abang Nara tertarik dengan fakta mengenai MSG yang diterangkan kepada kami. Selama ini kita diberitahu bahawa pengambilan MSG adalah bahaya untuk badan. Kalau ambil banyak sangat akan botak kepala dan macam-macam lagilah kesan buruk. Rupa-rupanya semua itu adalah mitos belaka. MSG adalah selamat untuk dimakan oleh kita. Secara logiknya, kalau tak selamat, takkanlah syarikat AJINOMOTO® ini boleh bertahan lebih daripada 50 tahun di Malaysia kan?
Banyak perkara baru yang Abang Nara belajar sepanjang lawatan ke muzium AJINOMOTO® ini. Contoh lain ialah tentang kewujudan rasa kelima selain daripada masam, manis, pahit dan masin yang diberi nama UMAMI. Rasa UMAMI ini dijumpai oleh pengasas AJINOMOTO®. Rasa inilah merupakan pelengkap kepada masakan kita sebenarnya. Memang sukar untuk Abang Nara terangkan namun kalau korang nak belajar lebih lanjut, bolehlah ke laman web AJINOMOTO® dan juga Facebook AJINOMOTO®.Selepas ini diharap tiada lagi keraguan untuk kita semua menikmati produk keluaran AJINOMOTO®. Tema syarikat AJINOMOTO® “Eat Well, Live Well†sememangnya bertepatan dengan produk keluaran mereka yang bukan sahaja menambah kelazatan tetapi turut menekankan kepentingan dari segi kesihatan. Apa pun, pastikan anda tidak lupa melayari www.tumixkuah.com.my untuk peluang memenangi RM100,000. Abang Nara sekarang tengah berlatih memasak untuk menyertai peraduan ini. Hehehe.