May 24th, 2013

Masih ingatkah anda lagi dengan program Mencari Ramli yang dianjurkan oleh TM? Kalau tak ingat, meh Abang Nara ingatkan. Program Mencari Ramli bertujuan untuk mencungkil bakat bermain bola sepak di kalangan kanak-kanan berumur 16 tahun dan ke bawah.

ramli

Musim pertama program Mencari Ramli sudah pun berakhir. Kini Mencari Ramli kembali untuk musim kedua. Kali ini, bukan sahaja peserta Mencari Ramli 2 yang berpeluang menjejakkan kaki ke stadium Old Trafford, anda juga diberikan peluang yang sama. Adakah anda teruja untuk melihat kelibat juara 20 kali EPL?
ramliBukan sahaja anda boleh ke Old Trafford, tetapi anda juga akan berpeluang menyaksikan perlawanan Manchester United secara live di stadium tersebut. Paling best, kesemua perbelanjaan ditanggung oleh pihak TM. Tak payah bawak dompet. Inilah peluang seumur hidup yang tak boleh dilepaskan oleh peminat Manchester United terutamanya.
ramliDah teruja kan? Ada 5 langkah-langkah untuk memenangi hadiah yang super duper awesome ini. Langkah-langkahnya ialah:-

1. Pastikan anda ada blog.
2. Tulis 1 entri penuh informasi mengenai Mencari Ramli 2. Kongsikan tarikh ujibakat, tarikh tayangan program ini dan imaginasi anda mengenai “Ramli”.
3. Tulis 1 entri selepas anda menonton program Mencari Ramli 2 di TV3. Kongsikan pendapat anda mengenai program ini. Galakkan pembaca anda untuk mengundi “Ramli” yang mereka sokong. Jangan lupa berikan pendapat anda siapakah yang bakal menjadi “Ramli”.
4. Klik sini untuk laman blog Nuffnang dan hantar penyertaan anda. Pastikan penyertaan dihantar sebelum tarikh tutup 15 Jun 2013.
5. Banyakkan berdoa, bertawakal dan mohon restu ibu bapa agar anda menang.

ramli

Bayangkan anda yang berada di dalam gambar di atas itu sekiranya tuah menyebelahi anda dan memenangi hadiah awesome ini. Tak ke gila? So tunggu apa lagi? Sertai pertandingan ini hari ini jugak. Lawati blog Nuffnang untuk informasi lanjut.


Comments are closed.

Loading...