Menangi Hadiah-Hadiah Awesome Dalam Peraduan Rakuten Malaysia X BeautifulNara

Hiburan

Menangi Hadiah-Hadiah Awesome Dalam Peraduan Rakuten Malaysia X BeautifulNara

Yeah!!! Buat anda yang tak jemu-jemu membaca BeautifulNara, hari ini Abang Nara ada berita super duper awesome untuk anda semua. Seperti yang selalu Abang Nara maklumkan sebelum ini, www.rakuten.com.my adalah salah satu laman web membeli-belah online kegemaran diri ini. Oleh kerana sambutan hangat yang diberikan oleh pembaca BeautifulNara setiap kali Abang Nara berkongsi tentang kelebihan serta keunikan Rakuten Malaysia, laman web dari Jepun ini telah dengan berbesar hatinya nak sponsor hadiah bernilai ribuan ringgit khas untuk anda!!!

rakuten

Advertisement

Sebelum Abang Nara bercerita lebih lanjut tentang hadiah bernilai ribuan ringgit itu, izinkan Abang Nara berkongsi satu fakta penting tentang Rakuten Malaysia. Dengan tagline “Shopping Is Entertainment”, salah satu keunikan Rakuten Malaysia ialah kewujudan Rakuten Super Points (RSP). RSP ini ialah mata ganjaran yang akan diperolehi setiap kali kita melakukan pembelian di Rakuten. Contohnya kalau Abang Nara beli baju bernilai RM100, maka Abang Nara akan dapat 1 RSP. Apa gunanya RSP ini? Ha, setiap 1 RSP adalah bersamaan RM1 dan ia boleh digunakan untuk pembelian seterusnya. Makin banyak RSP, makin banyaklah penjimatan korang nanti.

rakuten

Kenapa Abang Nara beria cerita pasal RSP nie kat korang semua? Sebabnya tak lain tak bukan ialah untuk memenangi hadiah yang disponsor oleh Rakuten Malaysia, korang kena join satu contest mudah yang berkaitan dengan RSP. Peraduan ini diberi nama Jawab & Menang Rakuten Malaysia X BeautifulNara. Amboi ekslusif sungguh kan? Namun sebelum Abang Nara bagitau cara nak menyertai peraduan ini, apa kata kita tambah keterujaan anda dengan melihat hadiah-hadiah yang bakal dibawa pulang oleh para pemenang. Jom!!!

rakuten

Sembang lebat tak guna, meh sini Abang Nara perincikan satu persatu hadiah yang boleh anda bawa pulang sekiranya memenangi contest Rakuten Malaysia X BeautifulNara ini. Sebelum itu Abang Nara nak bagitau bahawa bulan November ini, setiap pembelian di Rakuten Malaysia akan membolehkan anda memperolehi 5X Rakuten Super Points. Jadi kalau ada di antara hadiah-hadiah ini yang korang dah berkenan sangat, terus je ke www.rakuten.com.my dan buat pembelian. Ok jom kita ushar hadiah-hadiah yang disediakan.

1. Tempat pertama – Gintell

rakuten

Alangkah indahnya lepas penat bekerja seharian, anda pulang ke rumah dan dapat urutan daripada Gintell G-Minnie portable kneading massager. Confirm lega satu badan. Bab-bab urut nie kehebatan Gintell memang tak perlu dipertikai lagi. Hilang terus segala sengal-sengal badan. Gintell G-Minnie ini harga asalnya ialah RM498, tetapi sekarang ini tengah ada diskaun. Cuma RM288 sahaja. Kalau rasa tak ada harapan nak menang contest, boleh beli terus. Boleh dapat 5X Rakuten Super Points tue.

2. Tempat Kedua – Kelvin Gems

rakuten

Pergh!! Cantiknya. Ini kalau bagi hadiah kat wife, mesti senyum sampai telinga . What a beautiful Kelvin Gems Glam Angelic Gift Set SWAROVSKI Elements. Amboi speaking London pulak Abang Nara nie. Ada set untuk lelaki dan juga perempuan. Kalau anniversary atau hari jadi wife anda dah dekat, silalah beli satu set sebelum 30 November untuk dapatkan 5X RSP. Confirm wife anda akan sayang lebih. Kalau nak cari jenis lain, boleh ushar banyak lagi variasi barang kemas dari Kelvin Gems. Diorang memang pakar bab-bab barang kemas nie. Jangan sampai rambang mata pulak.

3. Tempat ketiga – TBMOnline

rakuten

Comelnya hair styler Philips daripada TBMOnline nie. Warna pink siap!!! Memang sesuai untuk para gadis. TBMOnline menyediakan hampir kesemua alatan penjagaan kecantikan termasuklah shaver, hair curler, berus gigi elektrik dan macam-macam lagi. Harga yang ditawarkan pun sangat berpatutan. Macam biasa kalau beli sebelum 30 November, akan dapat 5X RSP.

4. Hadiah saguhati I – Bagstation

rakuten

Jenama UNISA memang popular di Eropah sejak penubuhannya pada tahun 1973. Bermula dengan rekaan kasut untuk wanita, kini UNISA turut sama menceburi dunia fesyen. Abang Nara suka tengok rekaan beg UNISA vintage contrast stitching ini. Simple tapi kalau pakai memang akan menyerlahkan kecomelan si gadis. Boleh la hadiahkan kat anak buah yang tengah belajar kat universiti.

5. Hadiah saguhati II – Beauty Shuan

rakuten

Sabun dengan madu Manuka ini tersangatlah ekslusif kerana ia hanya boleh didapati di Rakuten Malaysia. Banyak lagi produk kecantikan wajah yang unik dan menarik turut sama dijual oleh Beauty Shyuan yang memfokuskan produk dari Jepun dan New Zealand. Body lotion ada, eye cream ada dan pencuci muka pun ada. Kalau korang nak cuba produk kecantikan dari Jepun dan New Zealand,, memang Abang Nara recommend tengok produk-produk di Beauty Shuan ini.

6. Hadiah saguhati III – HABA Malaysia

rakuten

Dah guna macam-macam produk tapi jerawat di muka tak hilang-hilang? Mungkin sudah tiba masanya untuk korang mencuba produk berkualiti dan terkenal dari Jepun ini. Rahsia kulit tulus mulus awek-awek Jepun kini dibawa oleh HABA Malaysia untuk anda semua. Khas untuk pembaca BeautifulNara yang bertuah dan mempunyai masalah jerawat, HABA Malaysia akan berikan anti acne trial kit untuk dicuba. Abang Nara percaya lepas korang guna, confirm jerawat hilang dan wajah korang cun melecun macam artis Jepun. Jangan lupa untuk tengok lebih banyak produk kecantikan HABA Malaysia yang pasti akan mencantikkan lagi wajah anda.


Excited tak nak menang hadiah-hadiah yang ditawarkan bersempena peraduan Rakuten Malaysia X BeautifulNara ini? Hehehe. Nampak tak borang kat atas tue? Korang cuma perlu isikan nama, email dan lengkapkan slogan “Rakuten Super Points adalah sangat awesome kerana…”. Suka hatilah koranglah nak buat 1 perenggan ke, 2 muka surat karangan ke. Yang penting ayat kena power, penuh dengan puji-pujian dan kalau boleh, cerita sekali pengalaman korang membeli di Rakuten Malaysia. Paling penting ialah email yang digunakan ketika menyertai peraduan ini haruslah sama dengan email yang anda gunakan ketika pendaftaran di Rakuten Malaysia. Kalau belum mendaftar sebagai ahli Rakuten Malaysia, anda boleh mendaftar sekarang juga di sini. Tak sampai 5 minit pun. Takkan taknak menang hadiah-hadiah best nie kan?

rakuten

Selain daripada pemberian 5X Rakuten Super Points sepanjang bulan November ini, Rakuten Malaysia juga turut memberikan diskaun tambahan sebanyak 5% untuk pemegang kad kredit Mastercard. Kempen istimewa ini akan bermula dari 25 November sehingga 27 November. Selaku pemilik kad kredit Mastercard, ini memang berita baik untuk Abang Nara. Bolehlah berjimat cermat lebih sikit. Tak gitu?

rakuten

Good luck and all the best untuk peraduan Rakuten Malaysia X BeautifulNara. Sambil-sambil cari idea nak buat ayat, jangan lupa layari www.rakuten.com.my untuk melihat pelbagai jenis produk yang ditawarkan pada harga yang teramat awesome. Selamat bershopping!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...