#Sila skroll ke bawah untuk membaca gosip terbaru
Hai apa khabar semua? Hari ini Abang Nara nak bagi tips-tips untuk mengambil hati bakal ibu mertua kepada anda semua. Tips ini sangat-sangat mudah dan amat praktikal sekali. Jika anda berjaya, sesungguhnya anda compem 100% akan menjadi menantu kesayangan. Silap-silap kalau anda nak kawin dua pun dia siap support lagi.
Tahukah anda yang kesemua insan yang bergelar wanita di dunia ini gilakan emas? Tak kira la rantai emas ke, gelang emas ke, subang emas ke. Asalkan ada berkaitan dengan emas, pastinya wanita-wanita akan melompat kegembiraan. Bayangkan kalau anda menghadiahkan cincin disalut emas bernilai RM88,888 macam gambar kat atas tue. Compem esok dia suruh korang nikah terus ngan anak diorang.
Ada 4 cara mudah dan praktikal untuk anda mendapatkan emas bernilai RM88,888 sekaligus menambat hati bakal ibu mertua anda.
- Cari lampu Aladdin dan mintak jin tue bagi korang jongkong emas bernilai RM88,888. Peratusan untuk berjaya ialah 40% kerana anda mungkin mati kehausan di padang pasir.
- Pergi mencuba nasib melombong emas. Peratusan berjaya ialah 60%. Itupun anda mungkin berjaya selepas bakal ibu mertua anda telah meninggal dunia dan awek anda telah menjadi seorang nenek.
- Merompak kedai emas Poh Kong. Peratusan berjaya ialah 0%. Compem anda akan mati ditembak oleh pak guard. Paling sedih sebab anda mati sebelum dapat berkahwin.
- Meneka berat Mister Potato, Ortega, 3 Mariachis (Uno, Dos dan Tres) dan 100 biji kentang yang ada di dalam kat bawah nie. Peratusan untuk berjaya ialah 99% berbanding 3 cara di atas. Tengok perut boroi Mister Potato tue pun dah boleh bajet berat dia sorang jer dah 100kg lebih.
Jadi adakah korang nak mati kehausan di padang pasir, melihat awek korang bertukar menjadi seorang nenek atau mati ditembak oleh pak guard Poh Kong sedangkan korang boleh menang emas bernilai RM88,888 dengan hanya menekat berat mereka-mereka yang ada di dalam gambar kat atas tue jer? Tepuk dada tanyalah selera.
Tapi korang kena cepat sebab contest mudah nie telah pun bermula dan akan berakhir pada 31 Mac 2010 nanti. Caranya senang jer, cuma beli contest edition pack Mister Potato 160gram atau 75 gram. Dalam pack tue akan ada satu code SMS. Lepas tue korang hantarlah tekaan berat korang tue kat nombor SMS yang ada dalam pack Mister Potato tue. Senang kan?
Maklumat lanjut sila lawati laman web Mister Potato.