Bila tiba bulan kemerdekaan, kita bukan saja kibarkan Jalur Gemilang, tapi juga mengenang kisah persahabatan, keluarga, dan cinta yang tak pernah terhalang oleh perbezaan. Dari kepelbagaian inilah lahir pasangan berlainan bangsa yang berpaut pada satu rasa iaitu cinta.
Dalam semangat inilah, Gambit Group ingin mengangkat kisah cinta merentas budaya ke hadapan. Bukan sekadar kisah peribadi, ia adalah simbol legasi yang memperlihatkan bagaimana kasih sayang mampu menyatukan perbezaan. Sebagai sebahagian daripada sambutan Merdeka, mereka mengajak orang ramai untuk bersama-sama berkongsi cerita cinta ini dengan cara yang kreatif dan bermakna.
#MyLegacyOfLove bukan sekadar pertandingan, tetapi platform untuk pasangan kahwin campur dan anak-anak mereka berkongsi kisah cinta serta keluarga yang menjadi bukti bahawa perpaduan bukan hanya slogan, tetapi nadi hidup kita sebagai rakyat Malaysia.
Siapa Boleh Sertai?
Kategori 1: Pasangan perkahwinan campur.
Kategori 2: Anak kepada pasangan perkahwinan campur.
Cara Sertai
Kategori 1:
Langkah 1: Rakam video (30 saat – 1 minit) dalam apa jua bahasa (BM, Inggeris, Mandarin, Tamil, dan lain-lain di mana penggunaan sarikata digalakkan).
Langkah 2: Perkenalkan diri, dan pasangan anda dan kongsikan kisah peribadi yang lucu, menyentuh hati atau bermakna.
Langkah 3: Tamatkan dengan mesej anda dengan: “This is my #MyLegacyOfLove.”
Langkah 4: Muat naik di IG Reels, TikTok atau FB.
Langkah 5: Tag @gambitgroup dan guna hashtag #LegacyOfLove.
Langkah 6: Follow Gambit Group di FB/Instagram/TikTok.
Kategori 2:
Langkah 1: Rakam video (30 saat – 1 minit) dalam apa jua bahasa (BM, Inggeris, Mandarin, Tamil, dan lain-lain di mana penggunaan sarikata digalakkan).
Langkah 2: Perkenalkan diri, dan ibu bapa anda serta kongsikan kisah peribadi yang lucu, menyentuh hati atau bermakna.
Langkah 3: Tamatkan dengan mesej anda dengan “I’m proud to carry my parents’ #MyLegacyOfLove.”
Langkah 4: Muat naik di IG Reels, TikTok atau FB.
Langkah 5: Tag @gambitgroup dan guna hashtag #LegacyOfLove.
Langkah 6: Follow Gambit Group di FB/Instagram/TikTok.
*tertakluk dengan syarat & terma yang lain
Hadiah Menarik Menanti!
Hadiah utama – Gold Bar 1g x 2 (RM1,000)
Hadiah tempat kedua – Gold Bar 1g (RM500)
Hadiah tempat ketiga – Baucar AEON RM350
Hadiah Saguhati – Baucar AEON RM200
Semua pemenang turut akan mendapat sesi konsultasi percuma bersama Gambit.
Tempoh Cabaran
Cabaran ini bermula dari 22 Ogos hingga 16 September 2025 dan apa kriterianya? Video dengan LIKE terbanyak selain mematuhi semua syarat yang ditetapkan bakal dipilih sebagai menang.
Pengumuman para pemenang akan dikemas kini pada 30 September 2025 di Instagram Gambit Group.
Kenapa Patut Sertai?
Sebab ini bukan sekadar menang hadiah. Ini peluang untuk anda sebarkan mesej bahawa cinta merentas bangsa adalah sebahagian daripada identiti kita sebagai rakyat Malaysia. Di bulan Merdeka ini, mari kita tunjukkan pada dunia bahawa perpaduan paling indah lahir daripada hati yang saling menerima dan menghargai perbezaan, sesuatu yang diraikan Gambit Group.
Cinta Merentasi Bangsa Bersama Gambit Group
Di sebalik kepelbagaian inilah, lahirnya pasangan yang berlainan bangsa namun berpaut pada satu rasa, cinta. Daripada cinta itu, lahirlah generasi yang menyatukan pelbagai budaya, makanan, dan tradisi menjadi satu rasa yang sebati. Hebatkan penangan cinta?
Nak join raikan cinta ini? Segala info, terma dan syarat cabaran ini ada di laman Gambit Group, jadi klik, tengok, dan mula rakam kisah anda hari ini.