Lama rasanya Abang Nara tidak menganjurkan “movie day out” bersama anda semua. Mesti ramai yang rindu kan? Dengan kerjasama Sony Pictures Malaysia, kali ini Abang Nara nak ajak anda semua menonton filem “Life” yang dilakonkan oleh Jake Gyllenhaal, Rebecca Ferguson dan Ryan Reynolds.
Bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 23 Mac ini, Life menceritakan tentang sekumpulan angkasawan yang hampir berjaya menemui kehidupan di planet Marikh. Di saat-saat kejayaan sudah begitu dekat, rupa-rupanya kehidupan tersebut telah menyebabkan kepupusan segala makhluk lain di Marikh. Adakah mereka akan berjaya di dalam misi mereka atau tewas di tangan makhluk Marikh tersebut? Anda pasti akan berdebar melihat aksi penuh cabaran di dalam filem Life ini.
TARIKH: 21 Mac 2017 (Selasa)
MASA: 9 malam
TEMPAT: GSC Paradigm Mall
Untuk memenangi tiket dan cenderahati ekslusif ini, anda hanya perlu isikan borang di bawah dengan slogan “Jika saya seorang angkasawan saya akan”. Slogan yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang. Sila cepat sebelum terlambat.
Pemenang akan dimaklumkan menerusi email sebelum tarikh tayangan. Terima kasih kepada Sony Pictures Malaysia atas tayangan ekslusif ini. Selamat mencuba.