Teringin nak jumpa selebriti-selebriti popular seperti Zizan, Nazim Othman, Nabila Huda, Fouziah Gous, Diana Danielle dan Elfira Loy? Sebagai pembaca BeautifulNara, anda ada peluang untuk bertemu selebriti-selebriti ini dan ramai lagi yang akan turun memeriahkan majlis EH! 20 Yang Anggun & Disenangi 2012.
Abang Nara ada 5 pasang tiket untuk diberikan kepada pembaca BeautifulNara yang bertuah. Untuk makluman, majlis ini akan diadakan pada Sabtu (24 November) ini bermula jam 7 malam di The Pool, Ampang. Cara untuk memenangi tiket ini sangat mudah. Anda hanya perlu lengkapkan ayat ini “Saya ingin bertemu dengan ________(nama selebriti pilihan) di EH! 20 Yang Anggun & Disenangi 2012 kerana …...“. Suka hati koranglah nak buat karangan panjang mana.
Pastikan slogan anda kelakar, menarik, kebabom dan hantarkannya ke [email protected]. 5 penghantar yang terbaik akan dipilih. Setiap pemenang boleh bawak sorang lagi kawan/pakwe/awek/mak/ayah/makcik/sepupu ke majlis EH! 20 Yang Anggun & Disenangi 2012. Jangan lupa sertakan nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk proses pengambilan tiket kelak.
Berikut ialah senarai penuh selebriti-selebriti yang akan hadir untuk memudahkan anda membuat slogan. Aliff Aziz, Dayang Nurfaizah, Diana Danielle, Elfira Loy, Fahrin Ahmad, Fathia Latiff, Fouziah Gous, Hafiz, Iedil Putra, Intan Ladyana, Marsha, Misha Omar, Mizz Nina, Nabil, Nabila Huda, Nadiya Nissa, Nazim Othman, Pekin Ibrahim, Ryzal Jaafar dan Zizan Razak. Tunggu apa lagi? Join sekarang jugak.
Pingback: Menangi 5 Pasang Tiket Ke EH! 20 Yang Anggun & Disenangi 2012 « Ziqqco Star
HOI
November 23, 2012 at 1:19 pm
asal semua nampak macam jongang je. hahahaha
Saye
November 23, 2012 at 9:26 am
Tengok gambar artis wanita tu cam semua serupa..
nak tiket la ni
November 23, 2012 at 6:50 am
x blh klik punnn…[email protected]
Lagubestbest
November 23, 2012 at 3:53 am
Semua events ada Mizz Nina skrg. Baru perasan