December 28th, 2016

Peminat-peminat filem seram, inilah peluang anda untuk menaikkan bulu roma!!! Abang Nara ada 40 pasang tiket tayangan perdana filem Eloise untuk anda semua.

eloise

Tengok poster pun dah seram kan? Rileks, rileks jangan menjerit dulu. Filem Eloise ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 5 Januari 2017. Ia menceritakan tentang 4 orang kawan yang memecahmasuk ke sebuah pusat orang gila yang telah ditinggalkan untuk mencari satu sijil kematian yang bakal memberikan harta yang cukup banyak pada mereka. Kalau dah katanya masuk ke tempat orang gila yang ditinggalkan, confirm lah banyak benda-benda seram, pelik dan menakutkan yang akan menjelma.

Khas untuk pembaca BeautifulNara, 40 pasang tiket filem Eloise untuk anda bakal diberikan dengan kerjasama RAM Entertainment. Cuma pastikan anda berusia 18 tahun ke atas kerana filem ini di”rated” 18. Berikut adalah informasi tayangan istimewa ini.

Tarikh: 3 Jan 2017 (Selasa)
Tempat: GSC Mid Valley
Masa: 9.00pm

Untuk memenangi tiket, anda hanya perlu isikan borang di bawah dengan slogan “Aku seorang yang penakut sehinggakan…”.

Tulis sekreatif dan hantar secepat yang mungkin. Pemenang akan dihubungi menerusi email. Jangan lupa layari www.ram-ent.com.my dan LIKE Facebook RAM Entertaiment sebagai tanda terima kasih. Selamat mencuba.


Comments are closed.

Loading...