Menangi 40 Pasang Tiket Filem THE MAN FROM U.N.C.L.E. 11 Ogos Ini

Hiburan

Menangi 40 Pasang Tiket Filem THE MAN FROM U.N.C.L.E. 11 Ogos Ini

Salah seorang pengarah Hollywood kegemaran Abang Nara, Guy Ritchie akhirnya muncul dengan filem terbarunya, THE MAN FROM U.N.C.L.E. Sebelum ini Guy Ritchie telah pun mengarahkan filem-filem hebat seperti Sherlock Holmes dan juga Snatch. Filem  THE MAN FROM U.N.C.L.E. ini bakal ditayangkan di Malaysia pada 13 Ogos, namun khas buat pembaca BeautifulNara, dengan kerjasama Warner Bros. Pictures, Abang Nara nak bagi peluang korang tonton filem hebat ini lebih awal iaitu pada 11 Ogos ini.

the man from uncle

Advertisement

Dah excited dah kan? Hehehe. Sabar, sabar. Meh sini Abang Nara kongsikan dulu maklumat tentang tayangan filem THE MAN FROM U.N.C.L.E. ini untuk memudahkan anda menyusun jadual.

Tarikh: 11 Ogos 2015
Tempat: GSC 1 Utama
Masa: 9.15 malam

Dibintangi oleh Henry Cavill dan Armie Hammer, THE MAN FROM U.N.C.L.E. adalah sebuah filem aksi yang mengisahkan seorang perisik CIA bernama Napoeleon Solo dan seorang perisik KGB bernama Illya Kuryakin yang bergabung tenaga di dalam satu misi untuk menghapuskan senjata nuklear. Pergh, dengar sinopsis pun dah tau banyak action yang menarik bakal dipaparkan. Kalau korang peminat filem aksi, memang wajib tonton nie.

 

Saving the world never goes out of style. Watch the trailer for Guy Ritchie’s action-packed spy film, The Man from U.N.C.L.E., starring Henry Cavill and Armie Hammer. #ManFromUNCLEMY

Posted by Warner Bros. Pictures (Malaysia) on Sunday, June 28, 2015

Ok Abang Nara tolong bagitau saya macam mana nak menang tiket tengok filem nie. Dah tak sabar dah nak dating sambil layan movie bersama awek tercinta. Baiklah, senang sahaja caranya. Korang cuma perlu lengkapkan borang di bawah dan tekan butang ‘hantar’. Beritahu Abang Nara kenapa anda nak tonton filem THE MAN FROM U.N.C.L.E. dengan cara yang paling kreatif. Pemenang akan dipilih berdasarkan itu. Boleh juga isi borang di bawah dengan menekan link ini.

Untuk makluman, tiket akan diberikan pada hari tayangan dan tempat duduk adalah berdasarkan first come first serve. Selamat mencuba. Kita jumpa 11 Ogos nanti.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...