Sekiranya usia anda lebih kurang Abang Nara iaitu sekitar 30-an, pastinya anda pernah menonton filem Bridget Jones. Filem romantik komedi inilah yang telah mempopularkan Renée Zellweger. Abang Nara akui diri ini jatuh cinta dengan Renee selepas menonton aksinya yang comel di dalam Bridget Jones. Comel gila-gila.
Setelah sekian lama Bridget Jones menyepi, akhirnya Renée Zellweger kembali memegang watak yang cukup sinonim dengan dirinya ini di dalam Bridget Jones’s Baby. Selain Renee, turut sama membintangi filem ini ialah Colin Firth dan Patrick Dempsey.
Apakah yang bakal dilalui oleh Bridget Jones kali ini? Apakah yang akan ditulis di dalam diarinya? Adakah percintaan masih menjadi masalah utama ketika umur Bridget sudah memasuki 40-an ini? Kalau nak tahu kenalah tengok Bridget Jones’s Baby yang akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia 29 September ini. Kita ushar dulu trailer.
TARIKH: 27 September 2016
TEMPAT: TGV One Utama
WAKTU: 9.15 malam
Macam biasa kenalah isi borang di bawah dan lengkapkan slogan “Rahsia paling besar yang saya pernah tulis dalam diari ialahâ€â€¦. Lagi kelakar dan tak masuk akal akan Abang Nara pilih jadi pemenang.
Selamat mencuba dan selamat menonton. Terima kasih sekali lagi kepada TGV Cinemas atas tiket-tiket ini. Jangan lupa LIKE Facebook TGV Cinemas sebagai tanda terima kasih.