Menangi 40 Pasang Tiket & Cenderahati Ekslusif Filem Underworld: Blood Wars

Hiburan

Menangi 40 Pasang Tiket & Cenderahati Ekslusif Filem Underworld: Blood Wars

Setelah menanti selama 4 tahun, akhirnya sequel filem Underworld akan ditayangkan di pawagam bermula 1 Disember 2016 ini. Kali ini, Kate Beckinsale akan tetap kekal membawakan watak Selene di dalam Underworld: Blood Wars. Fuh. Dengar tajuk pun dah excited dibuatnya. Confirm kebabom punya.
underworld

Abang Nara yakin ramai pembaca BeautifulNara yang mengikuti filem Underworld ini. Kali ini di dalam Blood Wars, Selene akan menunjukkan kehebatan aksinya menggunakan pistol, senapang, pisau dan pedang di dalam usahanya untuk menamatkan peperangan di antara kumpulan vampire dan lycan. Namun begitu, Selene telah pun dikhianati oleh vampire dan lycan di dalam filem sebelum ini. Jadi Kate hanya memiliki kekasihnya, David (Theo James) dan ayahnya Thomas (Charles Dance) untuk peperangan kali ini. Adakah Selene akan berjaya? Adakah peperangan yang telah berlangsung berabad lamanya ini akan tamat jua akhirnya? Kita ushar dulu trailer

Advertisement

Terima kasih kepada Sony Pictures Malaysia, Abang Nara mempunyai 40 pasang tiket dan cenderahati ekslusif filem Underworld: Blood Wars untuk diberikan kepada anda. Jom tengok sikit cenderahati-cenderahati yang boleh korang perolehi ini.

OErj5.jpg
OEeQ1.jpg
OEQWf.jpg

Ini pula details tayangan ekslusif filem Underworld: Blood Wars khas untuk 40 pembaca bertuah BeautifulNara:-

Tarikh: 29hb November 2016 (Selasa)
MASA: 9.15pm
TEMPAT: GSC Pavillion KL

OEPVL.jpg

Mesti korang teruja nak dapatkan tiket dan cenderehati ekslusif Underworld: Blood Wars nie kan? Ok jangan risau. Caranya senang sahaja. Hanya perlu isikan borang di bawah dengan slogan “Saya suka betul filem-filem Underworld kerana…”. Yang paling kreatif dan pantas akan berpeluang memenangi tiket serta hadiah ekslusif yang disediakan.

Selamat mencuba Abang NAra ucapkan. Terima kasih sekali lagi kepada SOny Pitures Malaysia atas tiket-tiket dan cenderahati-cenderahati ekslusif ini. Sila LIKE Facebook Sony Malaysia sebagai tanda terima kasih anda.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...