July 16th, 2016

Jackie Chan adalah pelakon aksi komedi kegemaran Abang Nara. Rasanya hampir kesemua filem beliau telah Abang Nara tonton. Semuanya memang best belaka. Dan Abang Nara tersangatlah excited untuk menonton filem terbaru Jackie Chan iaitu “Skiptrace” yang akan mula ditayangkan di Malaysia pada 21 Julai ini.

 photo Skip Trace_Poster 27x39-01.jpg

Kali ini Jackie Chan, selaku seorang detektif bernama Bennie Chan akan bergandingan dengan Johnny Knoxville yang membawa watak seorang kaki judi. Jackie Chan dan Johnny Knoxville melalui pelbagai dugaan, rintangan serta halangan dalam usaha mereka untuk menyelamatkan anak saudara Jackie Chan daripada boss gangster Victor Wong. Tengok muka 2 orang ini di poster pun dah tahu macam-macam tragedi kelakar akan muncul di dalam filem ini.

 photo 2_1.jpg

Terima kasih kepada RAM Entertainment, Abang Nara ingin memberikan kepada anda 30 pasang tiket filem Skiptrace. Berikut adalah butir-butir tayangan:-

TARIKH: 19 Julai 2016 (Selasa)
TEMPAT: GSC Pavilion KL
MASA: 9.00 malam

Anda yang bertuah akan dapat menonton filem ini beberapa hari lebih awal daripada pembukaan tayangan? Macam mana nak menang? Senang je. Hanya perlu isikan borang di bawah dengan slogan “Filem Jackie Chan kegemaran saya ialah ….”. Tulis sekreatif dan sehebat yang boleh.

 photo 1_1.jpg

Terima kasih sekali lagi kepada RAM Entertainment untuk tiket-tiket ekslusif ini. Jangan lupa LIKE Facebook RAM Entertaiment sebagai tanda penghargaan. Jumpa ada 19 Julai ini.


Comments are closed.

Loading...