October 22nd, 2017

Tiada siapa meminta untuk dilahirkan dalam keluarga yang miskin. Biarpun dibesarkan dalam suasana yang perit, tetapi hargailah saat-saat indah bersama keluarga kerana entah bila lagi saat itu akan berulang lagi. Filem The Glass Castle mempunyai mesej yang sarat dengan emosi kemiskinan sebuah keluarga dan sesuai di tonton peringkat umur.

Diadaptasikan dari buku penulisan Jeannette Walls, The Glass Castle telah membawa kisah sebenar ke dunia nyata di mana filem ini telah dijayakan oleh Brie Larson sebagai Jeannette Lawrence, Woody Harrelson sebagai Rex bapa kepada Jeannette dan Naomi Watts sebagai RoseMary ibu kepada Jeannette.

Bakal ditayangkan pada 26 Oktober 2017, filem ini mengisahkan kehidupan sebuah keluarga yang miskin dan penuh dengan konflik. Jeannette Walls merupakan anak kedua dari empat adik beradik. Ayah mereka, Rex merupakan seorang kaki minum tegar dan ibu mereka Rose Mary merupakan seorang pelukis dan artis seni.

Apabila Jeannette berumur 6 tahun, keluarga mereka mula berpindah sekitar  Arizona dan California disebabkan hutang Rex dan Rose Mary semakin menimbun.

Keluarga mereka sering berpindah randah disebabkan masalah kewangan sehinggalah pada satu ketika, mereka sekali lagi berpindah ke Welch di mana nenek sebelah ayah RoseMary tinggal. Di sana Jeannette dan adik beradiknya mula bersekolah dan mengalami pelbagai dugaan yang mencabar dimana Jeannette dibuli dan dipukul oleh budak tempatan di situ dan Brie pula dicabul oleh neneknya sendiri.

Sejak kejadian itu, Jeannette dan keluarganya telah berpindah ke sebuah rumah usang dan buruk. Di situ Rex telah mengubahnya menjadi The Glass Castle dan di sinilah bermulanya kisah klimak mereka sekeluarga.

Khas untuk pembaca BeautifulNara, kami ada 30 pasang tiket filem ini untuk diberikan kepada anda. Terima kasih kepada TGV Cinemas kerana sudi memberikan tiket-tiket ekslusif ini kepada anda semua.

Anda berpeluang menonton filem ini sebelum ia ditayangkan di Malaysia. Best kan? Berikut adalah maklumat lanjut tentang tayangan ekslusif The Glass Castle:

TARIKH : 24 OKTOBER 2017
MASA : 9:15 MALAM
TEMPAT : TGV Cinemas 1 Utama

Macam mana nak dapatkan tiket-tiket ekslusif ini? Anda hanya perlu isikan borang di bawah dengan slogan “Saya nak ubah nasib keluarga saya kerana…”

Penyertaan yang paling pantas dan kreatif akan dipilih sebagai pemenang dan anda akan dihubungi menerusi email. Terima kasih TGV Cinemas kerana sudi menaja tiket eksklusif ini untuk pembaca bertuah blog BeautifulNara.

Selamat mencuba!


Comments are closed.

Loading...